BREAKING NEWS

Hahaha...Zaid Ibrahim bakal jadi Presiden AKIM.


Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh sedia memberi laluan kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Sehubungan itu, Zakaria yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.

“Datuk Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Akim, kita juga mengalu-alukan kedatangan beliau ke parti ini.

Baca selanjutnya disini...

Tunggu apa lagi Zaid? Orang dah offer nak bagi parti tu ambik je lah.. Bukan calang-calang parti AKIM ni tau. Dah berapa banyak pilihanraya kecil parti ni masuk bertanding.

Antaranya ialah Parlimen Permatang Pauh. AKIM telah berjaya memberikan saingan sengit terhadap Anwar serta calon UMNO yang bertanding pada PRK tersebut dengan merampas 92 undi....kira ok lah tuu..

Jadi, tak perlu lagi Zaid Ibrahim nak susah-susah tubuhkan parti baru. Masuk je AKIM dan lawan Anwar sekali lagi di Permatang Pauh pada PRU13 nanti. Gerenti menang punyalah sebab ramai orang Permatang Pauh dah tak sukakan gandingan Anwar dan juga Mansor kat sini.

Silap-silap haribulan, orang UMNO pun akan bagi undi pada Zaid kalau dia bertanding.


p/s: Kalau masuk AKIM, kena pakai serban dgn jubah lah nampaknya Zaid lepas ni...barulah betul-betul jadi melayu sekular...

2 ulasan :

  1. Zaid sedang menggali kubur politiknya sendiri.

    BalasPadam
  2. @mountdweller Tidak syak lagi Tuan. Nanti kita pakat2 tolong kambuslahh..hahaha

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online