BREAKING NEWS

DAP lebih islamik di Perak...


DAP mencipta sejarah dengan menganjur dan menaja Majlis Bersunat beramai-ramai di Masjid Al Munawarasah di Taiping pada minggu ini. Nampaknya Nga Kor Meng serta DAP Perak lebih islamik dari PAS mahupun parti melayu lain di negeri tersebut.

Gamaknya, dah tiada pemimpin serta parti melayu/Islam di negeri Perak hinggakan DAP terpaksa menganjur dan menaja anak-anak kita bersunat. Namun, semua yang terjadi ini ada kebaikan tersembunyi disebaliknya.

Tak salahlah jika Nik Aziz selama ini begitu mengagumi para kafirun didalam DAP. Kuffar-kuffar DAP ini semua memang pandai berlakon untuk menarik sokongan umat melayu/islam didalam negara. Punyalah hebat lakonan mereka hinggakan "wali tersohor" seperti Nik Aziz pun terpedaya dengannya.

Kita semua juga harus berterima kasih kepada Nizar Jamaluddin kerana ini pasti hasil dari didikan beliau terhadap gerombolan DAP di Perak. Tanpa Nizar, DAP Perak ini sudah pastinya masih jahil tentang islam. Nizar wajar diberikan penghargaan diatas imej islamik Nga dan DAP ini semua.

Jadi, selepas ini kita tak boleh lagi kata DAP itu anti Islam dan anti melayu kerana DAP kini dah jadi lebih "islamik" dari PAS. Mana tak islamiknya, sampaikan "anu" anak-anak orang PAS pun DAP tolong sponsor potongkan.

Mungkin lepas ni, jenazah orang PAS pun DAP boleh tolong mandikan sekali. Kalau boleh, talkinnya pun dibacakan oleh para "khalifah DAP". Barulah ngamm.


p/s: Makin bertambah taksub dan sayanglah puak-puak tu kepada para kafirun DAP selepas ni.

3 ulasan :

  1. Salam perjuangan...Harap blog saya dapat di link disini.Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. silap tu . . .terbalik kot . . .PAS lebih 'KEKUFURAN' di Perak . . .Kan Nizar . Kan .kan ?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan,

    Bersempena sambutan Aidil Adha bary-baru ini, kampung saya yang terletak di dalam DUN Aulong dan Parlimen Taiping telah menjayakan ibadah korban. 3 ekor lembu telah ditumbangkan. Walaupun saya tidak menghadiri acara korban yang telah dijalankan, saya telah diberitahu oleh seorang kawan yang juga AJK surau kampung saya bahawa seekor dari lembu-lembu korban tersebut telah dihadiahkan oleh DAP.

    Nampaknya DAP sekarang sedang berluma-lumba menjalan amal jariah dan ibadah politik.

    Wallahualam.

    Zul Zab

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online