BREAKING NEWS

Terima kasih Ku Li...



Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana dibawah strateginya, UMNO/BN telah berjaya merampas semula kerusi DUN Galas dari PAS.

Terharu juga saya kerana Ku Li didalam temuramahnya bersama sebuah media telah menyatakan kemenangan di Galas ini adalah kerana kempen UMNO/BN berkonsep mesra rakyat dan juga media baru yang amat aktif.

Pengarah jentera BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah mengakui kaedah kempen yang dilakukan parti tersebut adalah antara adalah hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini. Antaranya ialah tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, kempen lebih kepada perjumpaan berkelompok dan juga lebih aktif menggunakan media baru. KL Today

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberikan kemenangan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional. Ini tandanya bahawa Allah masih memberi peluang kepada UMNO/BN melakukan tranformasi seperti yang DS Najib mahukan.

Tetapi, saya amat berharap.. jangan sekali-kali kita terleka dengan kemenangan di dua PRK yang baru berlalu kerana perjuangan menegakkan kebenaran menentang dakyah gabungan parti pembangkang bukanlah mudah.

Istiqamah dalam perjuangan adalah amat penting bagi mencapai kejayaan mutlak. Allah menjanjikan kebaikan yang berlipat ganda kepada mereka yang berjuang di jalanNya.

Ingatlah..., apa yang berlaku, semuanya adalah ketentuan Allah SWT..., bukannya Anwar, Nik Aziz, ataupun Kit Siang yang menentukan kita beroleh kejayaan atau tidak.

Ada hikmahnya disebalik kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi ini.

Kalau sebelum ini PM kita cakap, "sanggup bertaruh nyawa untuk mempertahankan Putrajaya"..., apa salah jika kita lakukan perkara yang sama berganding bahu bagi mengekalkan Putrajaya untuk generasi ahli UMNO/BN yang akan datang???

InsyaAllah..., saya yakin UMNO akan terus menerajui negara asalkan ia tetap dengan ideologi yang mendahulukan rakyat serta berlandaskan syariat Islam demi kekuatan bangsa melayu khususnya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online