Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Nik Aziz...., Selamat menyambut hari Deepavali...
Comments : 6
Buat pertama kalinya saya bersetuju dengan penulisan RPK. Ulasannya cukup baik tentang Pilihanraya Kecil DUN N45 Galas ini.
Ini merupakan analisis RPK yang agak sempurna tanpa sebarang fakta serta dongeng merapu seperti sebelum ini. Jika penulisan sebegini diteruskan oleh RPK, tak mustahil saya menjadi peminatnya suatu hari nanti.
Barangkali terlalu awal untuk mengatakan rakyat Kelantan kembali menyokong BN khususnya Umno ekoran kemenangan dalam pilihanraya kecil Galas hari ini.
Bagaimanapun, ia memberi isyarat bahawa BN sedia merampas Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu.
Jika keputusan Galas dijadikan ukuran, PAS menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kuasa di negeri pantai timur itu.
Calon BN Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti menyakinkan iaitu 1,190 undi. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon PAS, Dr Zulkifli Mohammad mendapat 4,134 undi.
Daripada 13 peti undi, PAS hanya menang satu di Sungai Terah dengan majoriti 285 undi.
Agak mengejutkan BN mendapat undi majoriti pengundi kaum Cina yang pada pilihanraya umum lalu menyokong PAS.
Mengapa PAS kalah kali ini sedangkan pada 2008 calon mereka, Che Hashim Sulaima menang dengan majoriti 646 undi. Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat kanser.
Tengku Razaleigh Hamzah nyata masih berpengaruh di kalangan pengundi Gua Musang. Tiada siapa pengundi Galas yang tidak mengenalinya. Peribadi anak raja itu menjadi ikon di Gua Musang.
Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li di kalangan penduduk tempatan masih mencengkam kemas di Galas. Beliau akan menjadi aset BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Serangan bersepadu jentera kempen BN terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS berjaya menyakinkan pengundi secara keseluruhan. Terlalu banyak penyelewengan kerajaan PAS didedahkan oleh BN termasuk isu ladang rakyat.
Satu lagi faktor kemenangan BN ialah demam bola sepak Kelantan yang menjalar hingga ke Galas. Gelombang merah ekoran kemenangan Piala Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi memberi sokongan kepada BN.
Ini kerana Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang membawa kemenangan bola sepak Kelantan dalam piala paling prestij itu merupakan orang kuat Umno Kelantan. Beliau merupakan ketua Umno bahagian Peringat.
Keputusan petugas BN dan Umno memakai baju T merah sebagaimana idea bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh telah menyemarakkan lagi semangat petugas BN.
Kesimpulannya, kemengan BN di Galas ini adalah hasil kerja keras parti itu yang mahu menyelamatkan rakyat Kelantan dari terus ketinggalan.
Bagaimanapun, adalah silap untuk mengatakan keputusan Galas itu merupakan satu jaminan kepada BN merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.
Cuma ia memberi sedikit kelegaan kepada Umno negeri itu yang diketahui kaya dengan pemimpin berwibawa tetapi sering bermasalah.
Tengku Razaleigh akan menjadi penyelesai kepada BN Kelantan kali ini. -FMT
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.

Patik nak tau, kenapa si Nik Aziz ni kebelakangan ini pakai kopiah dan serban ala Naqshbandi? Kalau Nik Aziz itu betul-betul warak, kenapa dia bermusuhan dengan orang-orang Islam yang tidak sama parti politik seperti UMNO? Adakah Tuhan Nik Aziz berbeza dengan Tuhan UMNO? Adakah sembahyang Nik Aziz tidak sama dengan sembahyang orang UMNO? Adakah Quran Nik Aziz tu lain dari yang UMNO pakai? Dan tidakkah Najib juga ada amalan tarikatnya sendiri termasuk Naqshbandi? Kalau Nik Aziz menolak sesama Islam, maka Islam Nik Aziz masih belum cukup lah!
BalasPadampakaian die macamana xperlu dipersoalkn selagi pkaiannya itu tdk bertentangan dgn agama islam.
BalasPadambarangkali 'tanpa nama' xpernah pon mendengar ceramah Nik Aziz yg seringkali dinyatakn bahawa PAS lawan UMNO kerana yg pertamanya dasar UMNO itu sndiri.klu ade masa cari laa video2 ceramah beliau.nt kita tahu.klu nk terangkkn kt sini pnjang ceritanya. jgn disebabkn kita benci Nik Aziz kita xtgk pon ap yg diperkatakn oleh beliau. Nik Aziz pernah berkata skali kalau lah UMNO ikot islam btol2 maka PAS xkn lawan pon. parti PAS pon xkn timbul. jd cubalah kita same2 menghayati perjuangannya.
kita xleh kata islam nik aziz masih xcukup. igt la, sesungguhnya peperangan di antara umat islam ni sendiri telah bnyk berlaku start drpd zaman sahabat lagi. xkn kita pon nk kata sahabat nabi dlu pon xcukup islam lagi ke. situasi nya seumpama begitu lah. bila kita merasakn perjuangan diri kita btol kita akn truskn perjuangan.
pakaian die macamana xperlu dipersoalkn selagi pkaiannya itu tdk bertentangan dgn agama islam.
BalasPadambarangkali 'tanpa nama' xpernah pon mendengar ceramah Nik Aziz yg seringkali dinyatakn bahawa PAS lawan UMNO kerana yg pertamanya dasar UMNO itu sndiri.klu ade masa cari laa video2 ceramah beliau.nt kita tahu.klu nk terangkkn kt sini pnjang ceritanya. jgn disebabkn kita benci Nik Aziz kita xtgk pon ap yg diperkatakn oleh beliau. Nik Aziz pernah berkata skali kalau lah UMNO ikot islam btol2 maka PAS xkn lawan pon. parti PAS pon xkn timbul. jd cubalah kita same2 menghayati perjuangannya.
kita xleh kata islam nik aziz masih xcukup. igt la, sesungguhnya peperangan di antara umat islam ni sendiri telah bnyk berlaku start drpd zaman sahabat lagi. xkn kita pon nk kata sahabat nabi dlu pon xcukup islam lagi ke. situasi nya seumpama begitu lah. bila kita merasakn perjuangan diri kita btol kita akn truskn perjuangan.
Salam...
BalasPadamIsyarat sdh diberikan oleh pengundi kpd pas tinggal lagi pimpinan pas tdk dapat menerima kekalahan tersebut.
Pas perlu singkirkan pemimpin2 yg gila kpd kuasa menggunakan pas utk mengejar kepertingan sehingga sanggup bersama kapir DAP...
Pas sdh lari dari landasan sebenar perjuangannya...
kenapa tidak boleh Pas berkerjasama dgn DAP, kalau BN boleh berkerjasama dgn MIC dan MCA?..PAS pon tidak pernah menggadai maruah ISlam bila bergabung dgn DAP. jika hendak dipersoalkn pasal DAP guna ayt Al-quran..itu sudah bagus. berjinak2 dgn Al-Quran.Islam itu universal ilmunya boleh dipakai oleh sesiapapon walaupon bkn islam selagi ayat yg dibaca itu betol. kerjasama PAS dgn DAP adalah tanpa menggadaikan kesucian Islam. tidak salah. tambah2 bila negara kita ni sendiri terdiri drpd pelbagai kaum,agama, dan bangsa.
BalasPadamkekalahan di galas xboleh jd kayu ukur kpd kemenangan UMNO di Kelantan nt pilihanraya umum ke13 nt..sbb slama ni Gua Musang mmg kubu kuat BN.
BalasPadam