BREAKING NEWS

Satu lagi pembohongan PAS terhadap FELDA.


Sebelum ni, juak-juak PAS dan Pakatan yang berniat nak musnahkan FELDA dan buat cerita mengenai Syarikat-syarikat besar yang tak mahu berkerjasama dengan agensi tersebut.

Tapi apa yang mereka dakwa tu sebenarnya hanya bohong semata-mata. Terbukti bahawa fitnah kini dah jadi makanan harian puak-puak PAS dan Pakatan Haram.

Itulah kerja sebenar PAS dan Pakatan. Asyik-asyik dengki dengan kemajuan terhadap ekonomi bangsa melayu yang dibawa oleh kerajaan melalui FELDA. Inilah hasilnya apabila bersekedudukan dengan kafir DAP.

Lain kali, kalau nak bohong pun agak-agaklah wahai gerombolan PAS PIS PUS...ingat rakyat Malaysia bodoh dan buta ke?

Tuduhan Felda kononnya bankrap dan menyeleweng adalah tidak benar dan tidak masuk akal, kata Pengarah Besar Felda,Dato’ Dzulkifli Abd Wahab .

Berucap pada majlis sepetang bersama usahawan-usahawan Felda di Dewan Perdana Felda, Jumaat lalu, beliau berkata, sekiranya dakwaan itu benar, syarikat-syarikat besar seperti Tesco dan KFC tidak akan menawarkan kerjasama dengan mereka.

“Saya kira kalau fakta itu benar, barangkali syarikat seperti KFC dan Tesco tak akan datang ke Felda untuk menawarkan usahasama dengan syarikat yang menipu atau menyeleweng.

“Sudah tentu mereka datang kepada kami kerana mempunyai kepercayaan atas ketelusan Felda dalam menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab yang telah diberi kerajaan untuk menjaga kebajikan peneroka,” katanya ketika memberi ucaptama pada majlis berkenaan.

Dzulkifli berkata, satu lagi hakikat yang menyerlahkan betapa tuduhan itu tidak logik ialah sebahagian peneroka Felda memiliki saham dalam syarikat yang dikendalikan oleh Felda, contohnya kilang sawit Felda Holdings, di mana peneroka mempunyai pegangan 51 peratus dan 28 peratus pegangan terus dari kilang.

“Jadi, tak munasabah jika kilang yang dimiliki oleh peneroka mahu menipu peneroka sendiri. Memang tak masuk akal,” tambahnya.

Dzulkifli berkata, KFC menawarkan peluang menjalankan usahasama dalam bidang berkaitan dengan pengeluaran, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. KFC juga menawarkan peluang kepada peneroka-peneroka Felda menceburkan diri dalam bidang franchise dengan KFC atau anak-anak syarikatnya seperti Ayamas dan Pizza Hut

“Saya juga didatangi oleh Tesco yang mahu bekerjasama dalam bidang membekalkan barang-barang seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan tanpa melalui orang tengah. Mereka juga memberi peluang kepada usahawan peneroka Felda yang ingin membuat franchise menerusi penubuhan kedai sebaneka 24 jam di bawah jenama Tesco.

“Ini menunjukkan betapa tingginya kepercayaan syarikat luar terhadap Felda. Bukan senang nak dapatkan syarikat antarabangsa seperti Tesco dan KFC datang ke Felda. Semasa saya bekerka di Kementerian Perdagangan dalam Negeri, bukan mudah untuk memasarkan barangan tempatan kepada syarikat antarabangsa.

“Tesco hanya mengenakan syarat bahawa barang yang dibekalkan seperti sayur dan buah, mestilah segar, iaitu sebaik sahaja dipetik, mesti dihantar terus ke Tesco dalam masa 24 jam.”

Dzulkifli juga menyeru warga peneroka Felda supaya tidak bergantung kepada hasil getah dan sawit sahaja, tetapi berani mencuba bidang keusahawanan.

“Felda menggalakkan peneroka mencari pendapatan sampingan kerana bahan komoditi seperti kelapa sawit dan getah tidak menentu harganya. Mereka tak seharusnya bergantung kepada luas kebun 10 ekar sahaja walaupun pada masa ini ia menjadi pendapatan utama kepada keluarga peneroka. Mereka harus bersama-sama menjadikan Felda kuasa besar dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Menurut Dzulkifli, pada tahun lalu, nilai jualan daripada usahawan-usahawan dalam Felda bernilai RM911 juta dan beliau telah mensasarkan nilai itu meningkat kepada melebihi RM1 juta pada tahun ini. - Agenda Daily

3 ulasan :

  1. ALA KEJE PARTI SESAT CUMA TAU HENTAM, TEPEKIK TELOLONG SANA SINI MELALUI PENCACAI TEGAR A.K.A BATU API SI MAZLAN ALIMAN YG LANGSUNG X TAU SEDAR DIRI ATAU BERTERIMA KASEY MCM ABANG DIA YG DAH RASA NIKMAT YG DI KECAPI HASIL DARI KEMAKMURAN FELDA JUGAK

    BalasPadam
  2. Memang Parti Ajaran Sesat nii tiada kerje lain dah.....

    .Tak cukup pasal parti giler babi dia tuuu dia nak kerjakan hal dan masalah ornag lain lak.

    Di Terengganu tempat saya terutama di Besut sekatrang nii makin rancak puak2 Pas yang solat JUmaat di markaz dsan kelab parti keran taknak ke masjid yg dibina oleh kerajaan.

    Macamane niiii sah atau tidak solat mereka.....

    Kalau tak sah. bagaimana pulak orang2 Pas di Negeri 9, Johor, Perak, Melaka, Pahang yg masih solat di masjid kerajaan....

    Ituleee keje mereka yg teramat giler di dunia niii. Kalau yg dia buat semaunay HALAL tapi kalau yg UMNO dan BN buat, semuanya HARAM lak.

    /Wang ihsan di Terengganu dicap sebagai haram keran puak2 dia tak disenaraikan. Nak senarai macammana, sebab awal2 lagi kata haram..

    Tapi ygpelinye.... 8 wakil rakyat mereka terima gaji setiap bulan takdak kata ape pulak.... Bile masuk poket mereka mesti HALAL.....

    BalasPadam
  3. salam mpp,

    tak habis2 si mazlan anak hasil ajaran celako celako celako ni nak fitnahkan felda padahal ramai pembangkang dlm felda yg buncit perut mentekedarah hasil dari bantuan felda selama ni...dasar penyokong pembangkang lupa budi!

    kalau anak2 sendiri menderhaka marah! puak2 pembangkang yg selalu derhaka kpd felda ni mcm ketam... bukan nak suruh ta'at membuta tuli. yg tak kena tu boleh komen, bincang tapi bukan lah dgn cara nak menjahanamkan felda macam ni.

    felda tempat beratus ribu peneroka cari makan. takkan tempat orang ramai cari makan nko orang pembangkang sendiri cari makan jugak, nak nkorang jahanamkan? tak puas hati lagi ka lingkupkan kohilal & pedajalkan balu2 & anak2 yatim memali gdn melesapkan wang mereka? sekarang nak lesapkan wang penat lalah hasil peneroka pulak ka?

    sedar2la wahai mazlan anak! sampai bila nko nak berlagak serba tahu pasal felda ni? aku rasa sampai matipun jika nko bersekutu dgn pas/pkr/dap, nko takkan jadi BAPAK! engkau tetap ANAK!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online