BREAKING NEWS

Petugas propaganda dan bloggers PAS di Galas KANTOIIIII.....


Sudah dua tiga hari saya dapat tahu bahawa ada satu flyers mengenai calon-calon yang bertanding untuk PRK DUN Galas ini yang diedarkan di ceramah-ceramah PAS serta diletakkan dihadapan cermin-cermin kereta sekitar Bandar Lama Gua Musang.

Walaupun begitu, baru hari ini saya berkesempatan melihat sendiri flyers berkenaan yang didakwa kononnya calon UMNO/BN iaitu Abdul Aziz Yusoff menipu tentang kelulusan akademiknya.

Saya telah ada di Gua Musang ini sehari sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari ini, dan saya  tahu bahawa calon UMNO/BN ini hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Bila pulak SPM boleh bertukar menjadi "Degree" sebagaimana yang tertera didalam flyers tersebut?

Rupa-rupanya, flyers ini dihasilkan oleh jentera propaganda PAS di DUN Galas ini kerana terdesak akibat ketiadaan isu mengenai calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof. Ini diberitahu kepada saya oleh sumber yang boleh dipercayai.

Apa yang saya dapat simpulkan disini, penghasilan flyers ini telah mendedahkan kedungguan serta tahap kerendahan pemikiran jentera gerak saraf PAS termasuklah bloggers mereka sekali.

Jika menurut flyers tersebut, calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof telah tamat pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan pada tahun 1988 dari Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Betulkah begitu kerana apa yang saya tahu, UUM telah ditubuhkan pada tahun 1986.

Dua tahun sebelum itu, UUM hanya dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (Bussiness Management School). Takkan pengajian bagi peringkat Ijazah hanya mengambil masa 2 tahun sahaja?

Lagi satu, mengikut rekod di KESEDAR, Abdul Aziz Yusof sudah berkhidmat selama 30 tahun di situ bermula dari beliau berumur 19 tahun. Tiada rekod pun samaada beliau mengambil cuti melanjutkan pelajaran ataupun cuti bagi meneruskan pengajian.

Ini membuktikan bahawa flyers yang dihasilkan oleh jentera gerak saraf PAS dan dihebohkan oleh bloggers mereka sebenarnya bertujuan untuk memalukan calon UMNO/BN.

Semua ini menunjukkan betapa terdesaknya jentera PAS di Galas untuk memburuk-burukkan calon UMNO/BN. Flyers ini juga memberikan satu signal bahawa PAS amat takut dengan pengaruh calon UMNO/BN yang bersih dari sebarang isu.

3 ulasan :

  1. itulah ilmu yang di turunkan oleh tok guru yang menyeru semua syaitan berkawan dengannya.Natijahnya memang benar semua syaitan telah masuk dan merasuk dalam diri nik ajis.Kerana politik dan kuasa tok guru dah jadi bapak setan.

    BalasPadam
  2. Mungkin juga cetak sendiri, lepas tu kata dicetak oleh org lain.Bak kata TDM...mungkin dia cederkan diri sendiri.Dah lama dah dia guna teknik ni

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online