BREAKING NEWS

Edisi 18SG!!! Samseng import DAP mula buat kacau di Galas...


Satu kumpulan yang menamakan diri mereka "Malaysians For Beng Hock" dikesan telah membuat kacau disekitar kawasan penduduk cina di Bandar Lama Gua Musang sejak hari Ahad yang lalu.

Kumpulan ini dipercayai didatangkan khas dari Perak dan dikhabarkan telah dinaungi oleh Ketua Pemuda DAP iaitu Antony Loke Siew Fok.

Saya diberitahu kelmarin bahawa Ahli jawatankuasa MCA Pusat, Senator Heng Saie Kie juga telah diganggu oleh kumpulan ini ketika beliau sedang meninggalkan sebuah majlis perjumpaan dengan penduduk cina di Galas.


Kumpulan berkenaan telah menghalang Senator Heng yang juga merupakan Timbalan Menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.

Kekecohan berlaku apabila berlaku insiden tolak menolak diantara kumpulan penyokong DAP tersebut dengan kumpulan yang mengiringi Senator Heng.

Ini mengakibatkan Ketua Kumpulan "Malaysians For Beng Hock" yang juga merupakan abang ipar kepada TBH terjatuh. Peristiwa ini segera dimanipulasi oleh pemimpin DAP khususnya yang datang dari Perak dengan mengatakan Senator Heng telah mengasari masyarakat cina disitu.


Ketua Pemuda DAP Antony Loke telah menjuarai isu ini dengan mendesak MCA mengemukakan permohonan maaf kepada kumpulan tersebut.

Dia juga turut membekalkan gambar-gambar insiden tersebut bagi menimbulkan ketegangan dikalangan masyarakat setempat.

Politik kotor DAP ini adalah taktik untuk menakut-nakutkan para pengundi cina di DUN Galas. Sokongan semakin kuat pengundi cina kepada calon BN telah membuatkan pemimpin-pemimpin Pakatan tak senang duduk.

Dan saya juga difahamkan, ini merupakan taktik terakhir yang mereka akan gunakan sehinggalah hari pengundian bagi memastikan sokongan pengundi cina akan kekal kepada PAS dan Pakatan.

1 ulasan :

  1. Jahat dan amat jijik sekali DAP/PKR maupun PAS dlm isu ini. DAP patutnya merasa malu atau setidak tidaknya "rilex" sikit dlm isu TBH, kerana prosiding Mahkamah masih berjalan. Adakah DAP mahu menjadi seperti Anwar, melalak melolong tak senang duduk dlm menghadapi kes melibatkan mereka? Nak cover kesalahan pemimpin mereka yg sekongkol sekali pun bukan seperti ini, ambil inisiatif berdiam diri lebih elok dari menonjolkan diri kerana rakyat yg mempunyai fikiran waras boleh memikir buruk dan baik.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online