Saya berkesempatan menemubual beberapa orang asli sewaktu berkunjung ke penempatan mereka di PostBrooke, Lojing.
Terdapat 18 perkampungan Orang Asli disini dengan penduduk lebih kurang 2400 orang. Isu yang mereka bangkitkan adalah berkaitan tanah dan isu 'Ladang Rakyat'.
Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan. Yang jelas menunjukkan kemarahannya berkenaan isu ladang rakyat ini ialah pengerusi JKKK, Rashid Akuh.
Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli ini.
Beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.
Pengerusi JKKP tersebut menyuruh sendiri melihat bukti apa yang berlaku di Lojing yang mana tanahnya telah diambil alih oleh kontraktor cina yang didakwa dari Singapura.
Tok Batin di penempatan orang asli Kem Hendrop pula telah menyatakan kegusarannya tentang nasib masa depan generasi muda orang asli di penempatan tersebut. Batu a/k Sungai berkata, dia amat risau jika tanah milik mereka sekarang ini tak dapat diwariskan kepada generasi anak cucunya akan datang.
"Apa lagi yang mahu kami tinggalkan kepada anak-anak kalau semua tanah kami diambil oleh kerajaan negeri?" katanya sayu. Dia juga risau kalau mereka terpaksa berpindah ketempat lain akibat dari kerakusan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri yang semakin berleluasa.
"Inikah dikatakan kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat?" kata Tok Batin ini di akhir perbualan.
Catat Ulasan