Edisi Hangittt!!!! Nik Aziz kena maki dengan bekas pemimpin PAS di Galas..

Posted by MPP On Ahad, 31 Oktober 2010 7 comments


Ada jugak rupanya hamba Allah di bumi Kelantan ni yang tak suka "perkahwinan" diantara DAP dan PAS. Tambah-tambah pulak ianya adalah bekas pemimpin PAS Kelantan.

Tahniah kepada Ustaz Nor Idris yang begitu berani menyatakan pendiriannya dihadapan Nik Aziz.

Ternyata Nik Aziz hanya maksum dikalangan ahli PAS sahaja, tetapi tidak kepada mereka-mereka yang telah "bertaubat" dari menjadi pengikut PAS.



Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.


Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar. - Hrk.

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

lain kali pakat baling telur je ke nik aziz tu. baru dia sedar skett...

Tanpa Nama berkata...

tahniah ustaz nor idris...

Tanpa Nama berkata...

Kena tegur macam tuh PAS kata maki???

Celako! Celako! Celako! baru maki

Tanpa Nama berkata...

bukan nik aziz, but ustaz(x patut digelar) nor idris tu!! ape ke patut org nak dtg ziarah tp nok gocoh.kononnya masuk ayat quran plak tuh! Kita semua saudara, x kshlah melayu ke, Islam atau tak... ade ke patut nak paksa org msuk UMNO, sdgkan umno juga mempunyai ahli bkn Islam.. FIKIRLAH!!! 1more, geli jer nak panggil ustaz

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan saudara diatas, geli nak panggil ustaz kpd orang yang ada ilmu tapi tak beriman, cakap boleh cakaplah, yg umno dgn mca,mic tu apa ???Pada "Ustaz Nor Idris",jangan perlekehkan ilmu org lain, cermin diri dulu, sebagai org yg berilmu yg lebih lah katakan, kenapa tak nasihat org yg awak sanjung yg cipta 1 malaysia tentang judi bola, toto, magnum,arak,minuman keras, suruhlah mereka2 yg berkuasa didalam membuat keputusan dalam menghalalkannya agar bertaubat. Kalau dah terror banyak ilmu kenapa "Ustaz jagoan" ni tak boleh selesaikan masalah sosial negara,murtad dan lain-lain lagi. Jangan pandai cakap pasal org tapi tak pandai nak selesai masalah,ingat awak orang kelantan,saya dari negeri lain amat berbangga dengan perkembangan negeri Kelantan di bawah pimpanan Tok Guru Nik Aziz. Allahhuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

nape xduk kelantan je. keje kt kelantan. br btl bbgga

Tanpa Nama berkata...

Bagi saja pembangkang ni memerintah.pastu bila hak melayu dah dirampas,melayu merempat.biar padan muka kita semua,orang melayu.
Bila sokong pembangkang,agaknya segelintir orang pikir ini revolusi.revolusi apa kalau melayu nnt ditindas sedangkan pas sendiri ta dapat bela nasib orang islam kita.

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online