BREAKING NEWS

GMIPP dakwa Pemuda UMNO pukul peserta forum Anti ISA...


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Pulau Pinang telah menuduh bahawa pihak Polis berpeluk tubuh dan membiarkan kira-kira 50 ahli dan penyokong Pemuda Umno Pulau Pinang memukul dan bertindak kasar ke atas peserta forum mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Komtar Ahad lalu.

Mereka-mereka ini mendakwa pihak Polis yang ada di Forum tersebut hanya berpeluk tubuh sambil menonton kekacauan yang berlaku.

GMIPP juga telah menyelar pihak Polis yang menyalahkan penganjur kerana mengadakan perhimpunan haram sehingga menimbulkan kekacauan.

Forum anjuran GMIPP dengan kerjasama DAP itu memang tidak mempunyai permit dan pihak penganjur langsung tak berusaha untuk memohon bagi mendapat kebenaran mengadakan perhimpunan tersebut.

Tindakan GMIPP yang menuduh pihak Polis ini hanyalah semata-mata kerana mereka kecewa apabila forum Anti ISA mereka langsung tak mendapat sambutan dari masyarakat sekitar P.Pinang. Walaupun Mat Sabu dan Hishamudin Rais dijemput sebagai panel, sambutan tetap dingin dari orang ramai.

Tambah pula apabila forum Haram anjuran mereka "diserang" oleh melayu P.Pinang yang pro ISA. Inilah yang membuatkan para aktivis GMIPP dan juga DAP mendapat malu besar.

Seandainya benar ada diantara peserta forum tersebut yang dipukul dan dikasari oleh kumpulan melayu P.Pinang yang pro ISA, mengapa tak buat sahaja laporan Polis pada hari itu juga?

Mengapa tiada langsung laporan dari akhbar tentang peserta forum itu dipukul? Bukankah ramai wakil akhbar yang pro pembangkang seperti MalaysiaKini ada disitu pada hari yang diadakan forum tersebut?

Jadi, GMIPP tak perlulah menyebarkan dakyah pembohong mereka bagi menutup kekecewaan. Terimalah realiti bahawa bukan semua rakyat yang bencikan ISA. Seperti kata wakil kumpulan Pro ISA pada hari forum tersebut, ISA bukanlah untuk rakyat....tetapi ISA sebenarnya adalah untuk PENGKHIANAT!!

Dan pengkhianat sebenar di P.Pinang ini ialah DAP dan juga Anwar Ibrahim !!!


p/s: Ada yang dok pertikai bahawa kumpulan pro ISA tu bukan melayu tapi mamak... Memang buta perlembagaan betullah siapa yg pertikai tu...

1 ulasan :

  1. Pengkhianat sebenar ialah UMNO sbb hasil kekayaan negara ini tidak diagihkan secara sama-rata. UMNO memainkan isu ketuanan Melayu hanya utk menutup segala kerakusan mereka sbb UMNO tahu...Melayu Mudah Lupa. Sama seperti ISA, disalahgunakan oleh UMNO utk memenjarakan golongan penentang UMNO walaupun tidak dinafikan bahawa ISA mmng amat berguna utk keselamatan negara namun dlm beberapa pekara ianya disalahgunakan oleh UMNO...Mamu Ghani pun x sedar diri hingga menyebut DAP adalah pembangkang sdngkn UMNO adalah pembangkang d P.P....Cuba korang fikir...adakah pihak PR yg datang tanpa jemputan ke majlis UMNO utk membuat kekecohan akan d beri peluang untuk berucap di atas pentas??? Ada otak fikirlah sendiri...UMNO P.P buat apa dulu (Sebelum PR amik alih). Brapa bnyk tanah org melayu PP tergadai d sbbkn kerakusan UMNO...aku dan keturunan aku mai dari Penang...UMNO punya wayang kami dah tau...toksah dok kelentong...jgn dok wat Siru...la ni majoriti org melayu PP dah tau sapa UMNO...jgn mimpi UMNO @ BN nak perintah PP.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online