BREAKING NEWS

Wartawan Malaysiakini dihalau dari bilik media Perhimpunan Agung UMNO.



Wartawan portal Malaysiakini telah dipaksa keluar dari bilik media di perhimpunan agung Umno kerana tidak memiliki pas media yang dikeluarkan oleh sekretariat parti.

Semua lapan wartawan portal berita kaki spin itu tidak dibenarkan menggunakan kemudahan bilik media oleh seorang pegawai sekretariat perhimpunan.

Malah wartawan terbabit turut dilarang memasuki dewan tempat persidangan berlangsung. Sejak beberapa tahun lalu, Malaysiakini telah menggunakan tempat tersebut walaupun dinafikan pas media.

Bagaimanapun, walau telah diberi peringatan dan dihalau dari bilik media serta dewan persidangan, wartawan-wartawan MalaysiaKini dilihat berkumpul di sekitar ruang legar bangunan PWTC.

6 ulasan :

  1. Kejap lagi ada yang nyamar jadi puteri pulak..

    BalasPadam
  2. bukan ke perempuan yang pakai baju coklat tu yang menyelinap masuk dalam majlis puteri....

    BalasPadam
  3. mana dia pemuda2 umno yang ramai tu.
    jangan dok sebuk melobi nak cari projek saja.
    jagalah sikit keadaan di PWTC tu.
    kenapa dibiarkan anasir2 kominis mengganggu persidangan.
    kalau ya pun KJ tu dok main telor...yang lain2 pergi kemana..
    ini pun nak suruh puteri umno jaga ke?
    PWTC pun tak terkawal,bagaimana nak jaga keselamatan negara?
    orang dah tak pakai keris sekarang.
    tukar saja lambang keris tu dengan lambang M16 ke.
    ini hanya cadangan saja.jangan buat kalau tidak berani menggunakanya.

    "kalau pergi berjalan bawalah pisau,senang bila nak kupas limau".

    kiasan olih orang2 tua ni ditujukan kepada anak2 muda melayu sebelum mereka keluar merantau diawal kemerdekaan dulu.

    belajarlah memahami apa maknanya yang tersurat dan tersirat.

    BalasPadam
  4. salam mpp,

    memang malaun betul puak2 malaysia kini nih! tak habis2 nak mengganggu majlis orang. aku rasa nanti kalau puak2 dia buat majlis harijadi ka, majlis pertunangan ka, majlis kahwin ka, majlis pengkebumian ka, tambah2 lagi persidangan parti2 dlm pr, apa kata puak2 wartawan tvumno, tvmca, tvmic, tvppp, tv3, tv7, tv9, tvawani, tvbernama semua pakat2 menyamar jadi kawan kepada kawan mrk, pergi menempel & menyibuk jugak2 @ tunjukkan saja kad wartawan & bagitau kita juga berhak mengetahui apa saja kisah dlm kain mrk tu!

    BalasPadam
  5. KALAU ERA DOLLAH MEKA NI DI BERI MUKA.. BILA MEKA PUJI PAK DOL... PAK DOL HAPI... PAK DOL TAK TAU NAK KENA LIWAT.. 5 NEGERI GUGUR KERAN SUKANYA PUJIAN MANGKOK2 NI

    BalasPadam
  6. salam,
    bila dah kena halau, baru nak tunjuk muka kesian...
    yang baju coklat macam kenal?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online