BREAKING NEWS

Samsul Iskandar kornar baring cecah telinga...


Sebelum ni bukan main Samsul Iskandar @ Sam ketot beria-ia nak bertanding kerusi Naib Presiden PKR. Sekarang ni dah kedengaran pula bahawa Samsul akan membuat U Turn kembali bersaing mempertahankan jawatan Ketua AMK.

Keputusan Samsul ini mungkin kerana dia takut kepada Fuziah Salleh yang mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan Naib Presiden PKR. Malu lah dia kalau tewas kepada seorang wanita seperti Fuziah.

Jadi untuk mengelakkan malu, Samsul terpaksa menelan kembali ludahnya sebelum ini dengan bertanding bagi jawatan Ketua AMK bersama-sama Chegu Bard dan juga Rafizi Ramli.

Tetapi, Samsul mungkin akan berputih mata pada pemilihan kali ini. Ini kerana, Chegu Bard adalah calon paling popular sebagai Ketua AMK PKR yang baru. Dan pencalonan yang diterima oleh Chegu Bard jauh lebih banyak dari yang diterima oleh Samsul sendiri.

Nampaknya, Samsul hampir pasti akan kehilangan semua jawatannya didalam PKR selepas pemilihan parti tersebut yang dijadualkan pada November ini.

Inilah yang dikatakan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Kesiannn Sam...


p/s: Kalau dah tak ada jawatan nanti, jangan pula Samsul ada hati nak lompat masuk UMNO. Liabiliti yang dok ada sekarang ni dalam UMNO pun dah cukup menyusahkan...

3 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online