Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Salleh Man bawa totok-totok PAS untuk sokong wang judi Lim Guan Eng.
Comments : 7
Sesi penerangan untuk menjawab isu wang hasil judi kerajaan DAP di P.Pinang telah diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi pagi tadi. Ia dikepalai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Saleh Man.
Ceramah juga disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
Hampir 70 warga emas yang merupakan ahli PAS dan PKR hadir setelah dibawa ke Majlis itu oleh petugas-petugas parti tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa warga-warga emas ini dikumpul dari lebih 10 kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan-kawasan lain.
Saya juga diberitahu oleh pihak majlis, pada awalnya dianggarkan lebih 600 warga emas penerima wang ehsan telah dijemput ke majlis penerangan ini. Tetapi akhirnya, hanya 70 sahaja yang hadir.., itupun setelah usaha menyediakan pengangkutan dan urusan perjalanan disediakan.
Menariknya di Majlis Penerangan ini, Salleh Man telah mengaku bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng telah menerima hasil judi dari kelab lumba kuda. Tetapi Salleh Man segera manafikan duit tersebut digunakan didalam pemberian wang ehsan RM100.
Duit itu kononnya digunakan untuk program yang lain. Terfikir juga saya, adakah program lain yang dimaksudkan oleh Salleh Man ini ialah Program berbuka puasa dan sumbangan kepada Masjid-masjid di sekitar P.Pinang yang dilakukan kerajaan DAP sebelum Aidilfitri dulu?
Nampaknya, setelah exco agama Malik Kassim dari PKR tak mampu menangani isu wang hasil judi yang diterima Lim Guan Eng untuk Program Basmi Kemiskinan di P.Pinang, kini Salleh Man dari PAS pula menjadi lembu tambatan kepada Lim Guan Eng dan DAP negeri.
Inilah bukti bahawa PAS dan PKR hanya menjadi barua talibarut mencuci najis kepada kafir harbi DAP di negeri P.Pinang ini!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Salam MPP
BalasPadamAstagfirullahalazim
Kenapa pakcik pakcik tu sanggup bawa kain rentang macam tu. Tak malu ke? Bangga sangat dengan duit kuda.
Apa nak jadi dengan mereka ni?
Astagfirullahalazim....
BalasPadamurut dada aku bro. lepas ni boleh la LGE guna duit babi dan duit arak plak. ni yg dinamakan politik haprakk dari pas....
kesiannnn. mata dan hati dah dibutakan dengan kepiah dan serban. nak buak guano.
BalasPadamsalleh man lah yg tak akan aman di dunia dan di akhirat nanti...ish ish ish........... melayu pengampu yg mcm inilah yg akan memadamkan melayu di tanah melayu ini nanti jika dibiarkan..........
BalasPadamaku sikit pun tk hairan jika penyokong pas dan pkr akan akan menghalalkan duit dari sumber judi atau apa2 lagi, kerana ulamak mereka akan kata duit tu halal sebab dari pr.Tapi jika BN yang buat macam tu, dah tentu puak2 ni akan berguling atas jambatan Pulau Pinang dua tiga hari.
BalasPadamSaya pinjamkan entri sdr ini utk blog saya.
BalasPadamHarap dpt linkkan blog saya http://suara1umno.blogspot.com
T.kasih.
Puak-puak ini kalu LGE bagi sup BABI pun mereka telan...aji tak aji...sebab mereka ni PAS ...semua dah halal..
BalasPadam