BREAKING NEWS

Kalau UMNO macam lebai malang, PAS pulak jadi Pak Pandir...


Bukan sedap lagi Nik Aziz menyifatkan UMNO sebagai lebai malang. Menteri Besar Kelantan ini membuat kenyataan macam tu sebagai membidas kata-kata TS Muhyidin yang mempersoalkan hubungan PAS dan DAP yang anti Islam.

Rasanya tak salah bila TS Muhyidin mempersoalkan matlamat hubungan PAS-DAP. Ramai rakyat sendiri mengetahui bahawa kedua-dua parti tersebut mempunyai haluan yang bertentangan jika ditakdirkan PR berjaya menubuhkan kerajaan.

Tiada sebab Nik Aziz nak melatah dengan kenyataan TPM tersebut. Tak perlulah Nik Aziz nak melabelkan UMNO sebagai "lebai malang" kerana seluruh negara dah tahu bahawa PAS sebenarnya telah lama menjadi Pak Pandir didalam gerombolan Pakatan Rakyat.

Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.


“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.
“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya. -HRK.

Mana taknya, didalam kelompok Pakatan, PAS dilihat sebagai parti yang paling lemah dan sering dipermainkan oleh PKR dan DAP.

Lihat sendirilah di PRK N45 Galas ini sebagai contoh yang paling ideal. Di Galas ini petugas-petugas PAS hanya bersendirian menghadapi jentera Barisan Nasional. Dimanakah petugas-petugas dari PKR ataupun DAP bagi membantu PAS didalam Pilihanraya kecil Galas ini?

Bukankah petugas-petugas PAS yang lebih banyak bertungkus lumus di setiap PRK yang ditandingi oleh Pakatan sebelum ini? Lihat sahaja di Hulu Selangor semasa PKR bertanding, jentera PAS yang lebih banyak membuat "kerja-kerja kotor" di sana.

Begitu juga dengan PRK Sibu yang menyaksikan DAP bertanding menentang parti komponen BN iaitu SUPP. PAS juga yang banyak mengerahkan petugas-petugasnya menjalankan kerja untuk DAP. Hinggakan pada satu ketika, Khalid Samad dan juga Dr Mariah juga terpaksa menjadi pengedar risalah Gereja bagi menarik undi penganut agama kristian.

Tetapi lihatlah PRK yang melibatkan calon dari PAS. Berapa banyakkah tenaga kerja yang disumbangkan oleh petugas-petugas DAP dan PKR?

Sebab itulah saya katakan PAS hanya umpama Pak Pandir didalam gerombolan Pakatan Rakyat. Lebai Malang yang Nik Aziz labelkan kepada UMNO hanyalah mengambarkan seorang yang tak berkesempatan mendapatkan apa yang dihajatinya, tetapi malang lagi bagi PAS yang menjadi Pak Pandir didalam Pakatan.

Parti cap bulan ini bukan sahaja kurang cerdik, malah mereka selalu memperbodohkan diri sendiri dan menyerlahkan kedungguan mereka kepada umum!

1 ulasan :

  1. bulan sabit lg pndai b'kata2 dr bulan purnama...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online