Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Dalam sehari, dua pemimpin PKR disiasat berhubung isu pembunuhan Sosilawati.
Comments : 3
Hari ini saja, dua pemimpin atasan PKR disiasat berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang telah dibunuh dengan kejam di Selangor.
Anggota Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini telah dipanggil untuk memberi keterangan secara berasingan berhubung kes pembunuhan tersebut.
Cuma yang berbeza ialah, YB Mike memberi keterangan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan ahli perniagaan, S Anpalagan, sejak Ogos tahun lalu.
Manakala Samsul pula dipanggil untuk memberi keterangan berikutan kenyataan bodohnya yang mengaitkan bekas Ketua Polis Negara dengan kes pembunuhan tersebut.
Nampaknya, pemimpin PKR bukan saja pandai bermain politik, tetapi mereka juga pandai mempolitikkan apa sahaja isu yang terjadi di dalam negara demi keuntungan serta kepentingan politik mereka.
Dulu sewaktu kes Teo Beng Hock, mereka-mereka ini juga yang bising ke sana ke mari mempolitikkan kes tersebut. Begitu juga dengan kes kematian A Kugan yang didakwa dipukul pihak Polis.
Tak ketinggalan juga kes kematian adik Aminur Rashid. Semuanya telah diputarbelitkan dan dijadikan modal politik pemimpin PKR untuk memburukkan pihak berkuasa dan juga kerajaan.
Jadi, penglibatan pemimpin PKR didalam isu-isu diatas sebenarnya bukan bertujuan untuk perjuangkan nasib rakyat bawahan.
Penglibatan mereka-mereka ini sebenarnya hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa kejadian bertujuan semata-mata untuk meraih populariti murahan!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Mereka semua bodoh yang tak boleh diajar.
BalasPadamPandai tak boleh diikut.
Dapat kedudukan , semua dia yang punya.....
Ye ke?
BalasPadamDah jemu kita dengar.. siasat - siasat - siasat sebaliknya keputusan sisatan dipendamkan atau diam begitu sahaja - NATO (No Action Talk Only)
BalasPadamApa dah jadi dengan kerajaan sekarang pun tak tahu lahh ... berkuku besi lah sikit , buat macam Singapore. Walau pun rakyat melalak tapi maju juga..