Selepas ini, apa lagi yang mahu dibohongkan dan ditemberangkan oleh Khalifah Lim Guan Eng di P.Pinang? Apa pulak yang bakal dikelentongkan oleh Exco Agama si Malik Kassim dan juga Pesuruhjaya PAS si Salleh Man kepada warga emas di negeri ini?
Penyerahan kembali wang ehsan dari dana membasmi kemiskinan tegar kerajaan P.Pinang ini tak berakhir di Kepala Batas sahaja. Saya difahamkan, ramai lagi warga emas yang akan memulangkan balik wang RM100 kepada Lim Guan Eng.
Dari apa yang saya dengar ketika berbual bersama beberapa warga emas sewaktu penyerahan tersebut, mereka berasa dikhianati dan juga dihina oleh kerajaan negeri apabila mengetahui sumbangan yang mereka terima adalah bercampur dengan sumber haram.
Walaupun Ustaz Asri kelihatan seperti mahu membela Lim Guan Eng dan kerajaan negeri P.Pinang dengan "fatwanya" menghalalkan hasil sumber judi lumba kuda tersebut, iannya tak mampu mententeramkan hati warga emas yang terguris akibat perbuatan jahat Lim Guan Eng yang berbohong.
Lagipun, saya difahamkan oleh warga emas di situ bahawa mereka tak tergamak menyimpan hasil yang diketahui dari sumber haram, apatah lagi memakannya. Sebab itulah ramai diantara warga emas tersebut sebak kerana kesal diatas ketelanjuran mereka menggunakan sumbangan DAP negeri tersebut untuk perbelanjaan harian.
Ini yang amat mereka sedih dan terkilan. Mereka menyifatkan apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang adalah merupakan penganiyaan kepada mereka.
Warga-warga emas yang menjadi penerima bantuan program membasmi kemiskinan kerajaan negeri di Kepala Batas itu juga kesal kerana wakil PAS dan PKR yang berbangsa melayu dan beragama Islam didalam barisan kepimpinan kerajaan negeri telah bersekongkol dengan perbuatan Lim Guan Eng serta DAP.
Inilah yang dikatakan "harapkan pagar, pagar pula yang merosakkan padi".
Satu persoalan yang saya ingin bangkitkan kepada pengikut-pengikut PAS yang selama ini taksub kepada Lim Guan Eng sehingga sanggup menggelarnya sebagai Khalifah..., apakah manusia seHAPRAK Lim Guan Eng ini yang korang semua agung-agungkan selama ini?
Memang ternyata melayu-melayu didalam PAS dan PKR berfikir tanpa menggunakan akal. Dan mereka sememangnya bercakap dan membebel tentang Islam dan kemanusiaan tanpa langsung menggunakan otak!
p/s:Lepas ni, mesti ada puak-puak totok PAS kata warga emas tu semua diupah oleh UMNO. Typical puak-puak bebal ni memang takkan berubah dari dulu sampailah sekarang!
Catat Ulasan