BREAKING NEWS

PAS mula start bodek Ku Li.... dah takutlah tuuu.


Saya ambil artikel dari kitab agung PAS iaitu Harakah. Beria-ia benar nampaknya PAS cuba nak "kipas" Ku Li apabila Ku Li dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas. Dah takutlah tuu..

Yang dihantar untuk buat kerja bodek-membodek ini pula bukan calangt-calang pemimpin didalam PAS, Ketua Dewan Ulamak Pusat tuuu..

Mungkin PAS beranggapan, jika mereka "kipas" baik punya punggung Ku Li, mungkin Ku Li bersimpati dan membantu mereka untuk menang seandainya PRK diadakan di DUN tersebut.

Nampaknya, PAS hanya angan-angan Mat Jenin sajalahhh. Saya yakin Ku Li akan mengepalai jentera "perang" UMNO mengusir PAS keluar dari daerah Galas!


KUALA TERENGGANU, 29 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang yang bijak berpolitik menjelang pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya rasa Tengku Razaleigh orang yang bijak berpolitik. Biasanya, dia pandang pada suasana dan realiti,” ujarnya pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau pada umumnya melihat ramai tokoh veteran Umno kini sudah bersama-sama dengan PAS khususnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Ini, katanya kerana mereka sudah hilang keyakinan kepada Umno.

Begitupun, beliau tidak menafikan pengaruh Razaleigh sebab Dun Galas termasuk dalam kawasan parlimen Gua Musang yang merupakan kubu Umno.

“Tetapi Tengku Razaleigh sendiri pun insya Allah, akan memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas akan datang ini,” ujarnya

2 ulasan :

  1. Excuse me.. saya rasa la, u have to read between the lines. Maklum la org PAS ni bermuka2 kalau bercakap.. dia bukan bodek Ku Li tu.. cuba baca betui2..
    ~KD

    BalasPadam
  2. bukan kat PAS kan dengan Ku Li pun terkenen sama p join sekaki..bukan leh pcaya Ku Li ni

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online