Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pemilihan PKR Pmtg Pauh. TKM1 Mansor Othman harap ehsan Anwar...
Comments : 0
Pemilihan PKR kini semakin panas. Zaid Ibrahim dan Azmin semakin "ganas" saling menghentam satu sama lain kerana berebutkan jawatan. Semua jentera parti dikerah untuk melobi dan juga mempromosi calon masing-masing.
Itu di Selangor.., di negeri-negeri lain juga tak kurang panasnya. Di P.Pinang sendiri, TKM 1 Mansor Othman telah ditolak untuk bertanding sebagai calon Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh.
Hasrat Mansor untuk menang tanpa bertanding di Cabang Permatang Pauh ini nampaknya tak menjadi kenyataan apabila dia dicabar oleh Timbalan Cabang sedia ada iaitu Pak Tam dan juga Setiausaha Cabang iaitu Roslai. Pertandingan 3 penjuru ini jelas menunjukkan perpecahan yang berlaku pada PKR Permatang Pauh.
Khabarnya, Mansor telah disokong kuat oleh orang Anwar. Pak Tam yang merupakan Timbalan Ketua Cabang sedia ada disokong oleh veteran PKR cabang manakala Roslai disokong kuat oleh kelompok AMK.
Mansor yang sebelum ini merupakan ahli cabang Balik Pulau, telah lama menyatakan hasrat untuk menjadi Timbalan Ketua Cabang di Permatang Pauh. Tetapi kini baru dia sedar bahawa tak semua orang suka kepadanya walaupun dia menjawat jawatan TKM 1 negeri.
Perbalahan pemilihan PKR cabang Permatang Pauh ini telah sampai ke pengetahuan Anwar Ibrahim. Pasti akan ada sesuatu yang bakal diusahakan oleh Anwar bagi menjamin kerusi Timbalan Ketua Cabang disandang oleh Mansor Othman. Ini kerana Mansor adalah merupakan orang kepercayaannya.., takkan tak tolong kot?
Lagipun, hanya Mansor yang boleh diharapkan untuk berkerjasama dengan Lim Guan Eng berikutan jawatan TKM 1 nya. Takkan Anwar nak mengorbankan Mansor hanya demi untuk menjaga hati Pak Tam dan juga Roslai di Permatang Pauh?
Berputih matalah nampaknya orang-orang lama PKR di Permatang Pauh. Ini bukti bahawa PKR hanya mementingkan kronisme dan bukannya merit didalam menentukan jawatan. Jadi selepas ini, rajin-rajinlah bodek Anwar untuk dapat jawatan yee...
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan