BREAKING NEWS

Edisi Tak tahu malu!!! Lembu punya susu.., Guan Eng dapat nama..


Lim Guan Eng memang terkenal dengan pendekatan populis bagi mendapat perhatian percuma masyarakat. Setiap yang dilakukan oleh Ketua Menteri P.Pinang ini pasti ada unsur-unsur glamour bagi menunjuk-nunjuk kepada rakyat.

Lihat saja bagaimana Ketua Menteri bekas banduan ini mencari populariti murahan dengan menabur janji untuk PRU13. Agaknya memang dah jenis tak malu si apek Melaka ni.

Kali ini, ada berita mengatakan bahawa Lim Guan Eng nak merasmikan satu pusat kebajikan pendidikan anak-anak pelarian di Permatang Pauh pada satu tarikh selepas Aidilfitri. Inilah yang dikatakan oleh peribahasa melayu, lembu punya susu.. tapi sapi yang dapat nama.

Untuk pengetahuan semua, Rohingya Education Centre (REC) Permatang Pauh yang ditadbir oleh ABIM bagi mengendalikan pembelajaran untuk kanak-kanak pelarian Rohingya, telah mula beroperasi mulai Julai 2010.

Walaupun masih dalam tempoh percubaan, pusat ini banyak menyumbangkan kerja-kerja kemasyarakatan bagi menangani pendidikan untuk kanak-kanak pelarian dari Rohingya.

REC Permatang Pauh ini telah dibiayai sepenuhnya oleh United Nation's (UN) yang disalurkan melalui WADAH (Veteran ABIM).

Pusat kebajikan REC ini tak ada sangkut paut dengan kerajaan negeri apatah lagi ada kaitan dengan kerajaan komunis DAP pimpinan Lim Guan Eng di P.Pinang. Lagipun, pusat kebajikan ini ditadbir sepenuhnya oleh orang Islam dan juga untuk pembelajaran kanak-kanak Rohingya yang memang Islam pun.

Jadi, apa perlunya Lim Guan Eng dijemput untuk merasmikan REC Permatang pauh ini seolah-olah dia berjasa besar kepada pelarian Islam Rohingya?

Yang ABIM pun satu..., kenapa perlu ditonjolkan Ketua Menteri berlidah biawak ini didalam program masyarakat Islam negeri? Apakah tiada pemimpin Islam lain di P.Pinang untuk merasmikan REC Permatang Pauh ini?

Bagi Lim Guan Eng, peluang merasmikan program kemasyarakatan Islam sebegini pasti tak akan dilepaskan. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, mesti laju saja Ketua Menteri PEMBOHONG no1 ini tampil kehadapan untuk mempopularkan dirinya.

Yang paling pasti, makin bertambah taksublah segenap totok Pakatan terutamanya PAS apabila Guan Eng merasmikan pusat kebajikan ini nanti.

1 ulasan :

  1. You kan tak tau cina memang macam tu.....wayang cukup kuat dengan melayu...tetapi melayu ni bodoh......syok la dengan slogan kepimpinan kelifah saidina omar la....macam2 lagi.......apa kita nak tengok pulau pinang atau malaysia jadi macam singapura.......melayu ada tempat ka di singapura.....umno pula bagi ruang macam2 kat cina dengan india....bodoh betul...yang pas dan pkr boleh bekerjasama dengan si biaDAP pula.....dengan UMNO tak mau...apalah melayu kita ni....sama-samalah kita bersatu padu.......usahlah kita berpecah belah pada perkara pokok...padahal kita boleh bersatu padu pada perkara pokok...khutbah raya negeri kedah.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online