Pertama sekali, takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang kembali ke Rahmatullah petang tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah swt.
Sewajarnya, apabila berlaku kematian dikalangan ahli politik, terutamanya mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin dikalangan umat Islam, kita sepatutnya menghormati perasaan keluarga arwah.
Tak sepatutnya berperangai seperti manusia tak berakal apabila begitu ghairah mencanangkan tentang pilihanraya kecil dikawasan ADUN tersebut terutamanya ketika jenazah masih lagi terlantar sambil dibacakan surah Yassin.
Semua perlakuan ini akan menyerlahkan tahap sebenar kematangan dan juga kemampuan akal waras kita untuk berfikir dengan wajar sebagai seorang Islam.
Jangan jadi seperti Nik Aziz yang dilabelkan oleh pengikut-pengikut PAS sebagai bertaraf wali, tetapi mempunyai akal yang amat cetek terselindung disebalik serban besarnya itu.
Disaat jenazah arwah ADUN Galas masih belum dikebumikan.., dan ketika liang lahad baru sahaja digali menanti kehadiran penghuninya, Nik Aziz sudah tak sabar untuk bercakap tentang pilihanraya.
Sabarlahhh..., tunggulah hingga kesedihan keluarga arwah reda wahai Nik Aziz. Sia-sia sahaja bercakap siang malam tentang agama jika perkara asas kemanusiaan sebegini pun Nik Aziz gagal mengamalkannya.
Kalau ya pun kemarukkan pilihanraya kecil di Kelantan, tunggulah dua tiga hari lagi. Kalau bebal sangat pun, janganlah tunjukkan pada orang luar terutamanya kepada generasi muda. Takkan Nik Aziz tak tahu malu kot?
Saya amat berharap supaya Husam ataupun Mohd Amar akan menasihatkan orang tua tersebut. Bukannya apa, Nik Aziz pun bukannya lama lagi hayat didunia ini. Entah besok, entah lusa.., silap haribulan dia pun akan menyusul rakan-rakannya menemui Allah swt. Jadi, berpada-padalahh....
Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.
Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.- MalaysianInsider
Kali ni kita tak takut siapa2 lagi dah yang terbarai dan terkeluar kahak hijau dah terserlah janji lain cakap lain amal lain dah nampak depan mata...Tok N.ajis dah meroyan tahap cipan di GAlas tungguuuuu....anda takut?? tidak kami tidak takut....tunggu serang dan lawan
BalasPadamN.ajis sibuk sangat nak prk di Galas ni, macamlah pas nak menang di situ. Tgklah nanti, confirm kalah punyalah kalau ada prk.
BalasPadamMcm manalh juak2 pas boleh kata org tua ni setaraf wali. Bg aku, dia ni hanya layak jadi badut saja. Manjang merapu meraban ntah ke hapanya.
BalasPadamItu lah pas adun dia sendiri yg meninggal tapi pak wali al tak cukup akal ni sibuk nak pilihan raya tunggu lah dulu spr pun tak gelabah macam pak wali al tak cukup akal ni sabar akan sampai masa nya jangan golojoh sangat kalau dah tamak tu memang nampak lah sangat rakyat kelantan bolih nilai siapa Pak Nik Ajis ni org yg tamak suruh dia buat kerja jangan dok sibuk ceramah fitnah sana sini berdosa allah benci org yg suka buat fitnah kalau dia wali dia lebeh bersifat penyabar bukan macam tak tentu arah mari kita sedekahkan alfatiha kepada aruah supaya aruah aman disana.
BalasPadam.."Sewajarnya, apabila berlaku kematian dikalangan ahli politik, terutamanya mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin dikalangan umat Islam, kita sepatutnya menghormati perasaan keluarga arwah.."..
BalasPadamSuruh je keluarga tu saman nik aziz..kesian keluarga tu jadi mangsa doa 'pecah perut'..kan doa dah termakbul !? petunjuk/hidayah apa lagi yg nak ditunggu ?..
Main2 dgn ugama lah diorg nih..