BREAKING NEWS

Isu hadiah RM4 Billion. Kerajaan negeri Kelantan tak mengaku terima duit...


Siapa yang tipu siapa nii..? Pihak I'DA World telah membuat kenyataan bahawa mereka telah memberi sumbangan wang bernilai RM 4 Billion kepada kerajaan negeri Kelantan. Siap bagi replika cek kepada wakil Menteri Besar lagi.

Sumbangan hadiah ini dipercayai ada kaitan dengan kelulusan projek yang diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu bagi membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Walaupun dinafikan oleh pihak I'DA World, semua dapat mengagak kenapa sumbangan ini dibuat.

Tetapi peliknya, Exco kerajaan negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah pula menafikan kenyataan tersebut dengan berkata, hadiah sumbangan dari Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, adalah mengarut dan tidak masuk akal.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 tersebut juga berkata pihaknya langsung tak mengetahui tentang kelulusan projek yang dikatakan oleh pihak I'DA WORLD itu. Ini sesuatu yang amat mengejutkan!

Persoalannya disini, siapakah yang menipu? Apakah pihak I'DA WORLD yang sengaja mahu mencari publisiti murahan ataupun pihak kerajaan negeri Kelantan melalui Mohd Amar mahu menutup isu sumbangan wang RM 4 Billion ini?

Perbincangan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab dengan Menteri Besar Kelantan

Mustahil pihak kerajaan negeri Kelantan tak tahu tentang kelulusan projek yang sebegini besar? Mungkin sumbangan duit bernilai RM 4 Billion ini sengaja mahu didiamkan oleh pihak kerajaan Negeri dari pengetahuan rakyat Kelantan?

Nampaknya, pihak kerajaan PAS negeri Kelantan telah bermuka-muka didalam isu hasil pendapatan negeri. Mungkin mereka mahu rakyat beranggapan bahawa kerajaan negeri tak mempunyai wang untuk melaksanakan pembangunan di negeri tersebut.

Jadi, bila rakyat ingat kerajaan negeri tak berduit, tak payahlah buat pembangunan di Kelantan. Dan jika rakyat bising nakkan pembangunan ditempat mereka, kerajaan negeri hanya perlu tuduh saja kerajaan pusat tak beri bantuan dan juga sekat kemasukan pelabur.

Maka, mungkin sebab itulah isu hadiah wang bernilai sebegini besar cuba dinafikan oleh kerajaan negeri!

6 ulasan :

  1. Hasil balak di Kelantan pun sama juga. Mana pernah kerajaan negeri umumkan keuntungannya pada rakyat Kelantan. Yang selalu diberitahu, rugi je manjang..


    ~Ibnusinna

    BalasPadam
  2. Timbalan pesuruhjaya tu tak mengaku pasal ada agenda lain la tuh..ingat rakyat Kelantan buta ke Pas oiii...tunggulah pru nanti..

    BalasPadam
  3. PUAK PAS MEMANG PAKAR DALAM HAL SONGLAP MENYONGLAP NI. PASAL TU LAH PUAK DEPA PAKAI JUBAH NAK TUTUP PERUT BOROI DEPA HASIL MAKAN DUIT RAKYAT!!

    BalasPadam
  4. Kalau tak kerana duit kenapa saman petronas itu bukan kerana duit jangan lah nak tutup bab duit jangan tipu rakyat bab 4 Bilion apa sebab di beri begitu mudah bukan sikit bolih ubah landskap kelantan tapi yg hairan kerajaan pas suka terima wang yg tak tahu sebab nya nak tutup tapi di hebahkan bila rakyat bising mula lebai lebai malang pas buat spin sana sini he tak tahu lah itu lah sedangkan memang nak balun pun.kepada pihak berwajib jalankan kerja anda.

    BalasPadam
  5. kisah sensasi yang tak mempunyai apa-apa erti pun korang boleh percaya, kemudian buat spekulasi itu dan ini.

    kesian ada otak tak mahu pakai.

    BalasPadam
  6. bagusnya ore BE END n UMNGOK ni!
    dop au ape2 bawk citer lalu..
    hok kapa selam dop leh selam,
    hok engin ile celoh mne,
    hok isu bagai lg dop mik port lgsg..
    sek2 baek2 lake..
    dop make pitih rkyat lgsg..
    1Msia! 1Bik Ma! Muahahah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online