Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Apakah Nik Aziz dan PAS nak gadai tanah Kelantan demi undi...
Comments : 10
Apa lah punya teruknya Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz ni.. Di P.Pinang cina DAP punyalah sibuk nak "rampas" tanah-tanah perkampungan melayu dan juga tanah rezab melayu, tapi di Kelantan ada pula usaha untuk beri sedekah tanah pada cina disana.
Sebelum ini kita hanya biasa dengar tentang "Malay reserve land" dan juga "Malay freehold" saja, sekarang ni dah ada pula "Chinese Freehold" di Kelantan. Bila masa pula wujud kod tanah baru dalam negara?
Didalam pengetahuan saya, bukan mudah untuk orang luar memiliki tanah di Kelantan biarpun dia adalah berbangsa melayu.
Sesiapa yang berminat nak beli tanah di Kelantan, dia kena mempunyai IC 03 iaitu kod bagi kelahiran negeri Kelantan, kalau tidak, dia kena angkat sumpah dulu sebab proses tukar nama tidak dapat dilakukan di pejabat tanah.
Sudah termaktud dalam Akta Tanah yang mana tanah di Kelantan cuma boleh dimiliki oleh anak kelahiran Kelantan atau pemastautin di Kelantan selama beberapa tahun (perlu disahkan melalui surat sumpah).
Penama Syarikat boleh mencuba untuk membeli tanah di Kelantan dan melakukan prosedur pengisian Borang 14A seperti biasa, namun fail tersebut akan melalui tapisan EXCO terlebih dahulu untuk kelulusan. Perlu ditegaskan tiada jaminan kelulusan akan dikeluarkan.
Ini bolehlah dirujuk melalui Enakmen Tanah Kelantan 1938 dan juga Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.
Akta tanah bagi negeri persekutuan dinamakan Kanun Tanah Negara (KTN), dan di Kelantan terdapat tambahan Enakmen Tanah Kelantan. KTN adalah juga tergunapakai di Negeri Kelantan namun jika terdapatnya berlawanan klause di dalam Enakmen Tanah Kelantan dan KTN, Klause Enakmen Tanah Kelantan adalah digunapakai. Ini bermaksud Enakmen Tanah Kelantan adalah lebih besar kuasanya dari KTN.
Di negeri Kelantan, tanah Kerajaan tidak boleh diberimilik kepada orang yang bukan anak Kelantan seperti yang ditakrifkan dalam Enakmen Tanah Kelantan, 1938 tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini dipelihara melalui Jadual Kedua Belas KTN.
Dan pada pengetahuan saya juga, orang cina tak boleh membeli tanah di Kelantan kecuali dia memang lahir di Kelantan. Kalau tidak, dia terpaksa berkahwin dengan warga siam Kelantan dan membeli harta tanah menggunakan nama isteri atau anaknya nanti.
Saya difahamkan, peraturan sebegini dibuat bagi melindungi kepentingan anak-anak Kelantan.
Jadi, apakah Kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz dan PAS mahu mengenepikan kepentingan anak-anak Kelantan hanya demi memenangi hati kaum cina?
Apakah Kerajaan negeri Kelantan mahu menggadaikan tanah di Kelantan kepada kaum cina semata-mata mahu mendapatkan sokongan kaum cina di PRU akan datang?
Kalau begitu, selepas ini kerajaan negeri patut buat pula "Indian Freehold", "Punjabi Freehold", "arab Freehold" dan macam-macam freehold lagi untuk menarik undi!
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Tolong linkkan blog saya http://suara1umno.blogspot.com menggantikan http://suarasatuduaumno.blogspot.com yang kena godam semalam.
BalasPadamt.kasih.
Lepas ni habislah tanah Kelantan dijual kepada kaum lain. Pas Kelantan mmg sengaja cari pasal...
BalasPadam-anak jati klate
NIK AJIS TAK BANGGA JADI MELAYU. SO KENAPA DIA PERLU BANGGA DENGAN TANAH MILIK MELAYU? KALAU TANAH ARAB ATAU SIAM TU MUNGKIN DIA JAGA KOT? TANAH MELAYU, LANTAK PI LAAA..
BalasPadamAku ado napok iklan ni dik tepi jale.. gilo doh nick anjiz ni... rama oghe sini pakak menyupoh... oghe tuo tu byk karut doh... nyayuk DSB..
BalasPadamSemuanya nak bagi kat cina.. tak puas hati sungguh.. macam ade iklan keje
BalasPadam*chinese girl only..
*must speak mandarin
etc etc..
Skang ni tambah chinese freehold pulak.. mcm hampeh..
Kamu semua peduli apa..kamu bukan dok kat kelantan pun....jadi tak yah nak amik tau....
BalasPadamcuba selidik tgk saper punya syarikat pemaju tu...aku rasa mesti Umnoupco yg punya.... Bodoh punya Umnoapco!!!
nik ajis tak bangga jadi melayu sbb tu nak bagi kat cina
BalasPadamBukan stakat umah aje yg dia bagi .. Lot2 dan bangunan kedai kat bandar2 tu pun suma pung dia dah bagi... merana la org melayu kat kelantan...
BalasPadamKalau n.ajis bagi tanah melayu kat bangsa lain, ada rakyat kelantan kisah, biarkan lah sebab mereka yg pilih n.ajis
BalasPadamtanpa nama 15.21
BalasPadamitu aja ka yg mampu anda jawab? cuba bagi jawapan yg berakal sikit, boleh? atau terjerat dengan politik sempit dan tak boleh nak loloskan diri?
kama