BREAKING NEWS

Samsul Iskandar kurang ajar kepada Sultan Johor.


Samsul Iskandar @ sam ketot nampaknya amat marah apabila Polis bertindak menyiasat Anwar Ibrahim dan juga Chua Jui Meng didalam isu berkaitan kain rentang di Johor.

Mungkin bagi Samsul, Anwar yang merupakan idolanya amat maksum dan langsung tak pernah melakukan kesalahan. Sebab itulah didalam laman twitter nya, Samsul Iskandar telah mempertikaikan pihak Polis serta menyindir dengan pertanyaan sama ada Sultan Johor juga akan disiasat seperti Anwar.

Samsul Iskandar ternyata tidak menghormati baginda Sultan Johor apabila dia menyindir Polis dengan sebegitu rupa. Samsul Iskandar juga boleh disifatkan kurang ajar kerana masih mahu mengaitkan Sultan dengan politik haprak PKR di Johor.

Apakah Samsul Iskandar berasakan, jika Anwar disiasat oleh pihak Polis didalam isu kain rentang tersebut, maka Sultan Johor yang sebenarnya dimalukan oleh puak-puak PKR juga harus disiasat sekali?

Dan ini secara tak langsung mencerminkan bahawa Samsul Iskandar memang mahukan baginda Sultan Johor turut diheret didalam isu kain rentang provokasi ini.

Cara pemikiran Samsul Iskandar ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa PKR memang sebuah parti yang tak menghormati sesiapapun termasuklah Sultan-sultan melayu. Pemimpin dan penyokong PKR sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik mereka biarpun terpaksa derhaka kepada Sultan.

Mungkin didalam kes ini Samsul Iskandar beranggapan bahawa, tak salah untuk kurang ajar dan derhaka kepada Sultan Johor, asalkan jangan "derhaka" kepada Anwar Ibrahim !

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online