KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.
Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
"Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan.
"Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu.
Utusan
Kalau nak diikutkan apa yang dikatakan oleh Zahrain ini, idea asal perlembagaan baru merupakan dari PKR. Manakala pakar penyelaras agenda penggantian perlembagaan lama kepada baru ini mesti dibawah selenggaraan DAP. Dan yang jadi pencacai buat kerja kotor menghasut rakyat tentunya diberikan kepada PAS.
Kalau mengikut apa yang Zahrain cakap ini, Anwar, Lim Kit Siang dan juga Nik Aziz terlibat secara langsung didalam agenda yang mengancam keluhuran perlembagaan yang terikat didalam Rukun Negara.
Ini bermakna, mereka-mereka ini telah mengancam keselamatan negara dan juga cuba menderhaka kepada Raja yang menjadi asas kepada sistem perlembagaan!
Orang yang mengancam keselamatan negara serta menggugat kedaulatan Raja berperlembagaan sepatutnya dihukum dibawah akta hasutan dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (I.S.A).
Jadi, diharap Kementerian Dalam Negeri mengambil berat tentang isu ini kerana ia bukanlah perkara kecil. Menterinya, Datuk Hishamuddin janganlah mengambil mudah dengan hanya setakat memberi amaran seperti kebiasaan didalam hal yang boleh menggugat keselamatan negara ini.
Pengkhianat-pengkhianat negara seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini harus dihukum dengan kadar segera sebelum mereka merosakkan perpaduan dan juga kemakmuran didalam negara!
ISAkan mereka yg mahu ubah Perlembagaan Malaysia!
BalasPadamJangan tunggu sehingga Mei 13 berulang lagi.
APA LAGI MENTERI AMARAN.BAGI AMARAN KERAS LAGI KE...ATA SANGGUP KE DIPANGGIL DAYUS SAMPAI BILA BILA...MAKLUM LE ANDAKAN PENAKUT...AMARAN KERAS..
BalasPadam"IKAN DI LAUT SUDAH KU TAU YG MNA BAPOK YG MNA BETINA..YG BAPOK ITU AL JUBOREE..YG BETINA ITU WALLY..YG KHUNSA ITU BINTANG BLU & SI KIT SIYAL GILER B*B*!!" KEHKEHKEH
BalasPadam