BREAKING NEWS

Melayu menuju kehancuran di tangan Pakatan Pembangkang.



Segala apa yang berlaku di P.Pinang terhadap tanah-tanah wakaf, perkampungan melayu, gerai-gerai peniaga kecil melayu dan juga yang terbaru isu penyelewengan wang zakat, seharusnya dapat menyedarkan seluruh bangsa melayu di negara ini tentang niat sebenar kaum kafir jika mereka memperolehi kuasa pemerintahan.

Apa yang saya lihat, DAP yang bergabung sedikit pentadbiran mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di P.Pinang telah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya langsung tak berniat untuk memajukan negeri itu. Mereka juga tak ikhlas memperjuangkan nasib bangsa melayu dibawah konsep adil dan samarata yang mereka war-warkan selama ini.

Segala kemelut yang berlaku di P.Pinang patut diambil ikhtibar oleh orang-orang melayu tentang betapa pentingnya kuasa politik dan juga Ketuanan Melayu dipertahankan di bumi Malaysia ini jika mahu generasi akan datang hidup senang. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa jika bukan bangsa itu sendiri?

Apa yang terjadi dan segala kekalutan yang belaku di beberapa negeri pembangkang harus membuka mata seluruh umat melayu bahawa kepimpinan Pakatan Pembangkang yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan juga Lim Kit Siang sebenarnya hanya berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan politik serta peribadi mereka sahaja.

Tiada langsung usaha ikhlas yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk rakyat di negeri-negeri yang mereka takluki. Lihatlah dengan teliti bagaimana mereka hanya tahu berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu tanpa memperdulikan kebajikan dan juga masalah rakyat.

Di Kelantan contohnya, masih lagi terdapat keluarga melayu yang terpaksa tinggal didalam reban ayam akibat dari kemelut kemiskinan. Ini menimbulkan persoalan tentang amanah menjaga kebajikan rakyat yang ditanggung oleh pemimpin-pemimpin PAS di negeri tersebut. Apakah mereka hanya tahu berceramah sambil mengutip "cukai" dari rakyat setiap malam tanpa mahu menjenguk kesusahan rakyat bawahan?

Yang lebih memilukan, saya dapati ada segelintir bangsa melayu yang masih lagi mahu mengharapkan pemimpin-pemimpin di dalam Pakatan Pembangkang seperti ini untuk membela nasib mereka. Akhirnya, mereka ditipu hidup-hidup dengan pelbagai janji-janji manis dan kosong hingga ke syurga.

Lihat pula beberapa kerat wakil-wakil melayu PKR didalam pentadbiran negeri di P.Pinang. Mereka sanggup akur dengan kerakusan DAP memusnahkan hak-hak melayu dan mereka enggan bersuara menegakkan yang benar demi bangsa mereka sendiri semata-mata takut kehilangan jawatan yang diberikan oleh Lim Guan Eng.

Begitu juga dengan wakil-wakil PAS di Selangor yang tak berdaya menentang sikap biadap pemimpin DAP memperlekehkan Islam di negeri itu. PAS di Selangor yang selama ini berdegar-degar melaungkan Ketuanan Islam, kini senyap umpama tikus yang terserempak dengan kucing apabila berhadapan dengan Ronnie Liu dan juga Teressa Kok.

Bagi saya, ketidak upayaan wakil-wakil melayu dari Pakatan Pembangkang ini wajib dijadikan pengajaran kepada orang-orang melayu tentang nasib agama dan juga bangsa mereka jika pemerintahan negeri mahupun negara berada di bawah tangan-tangan puak kafir.

Jika kafir zimmi seperti GERAKAN yang memerintah P.Pinang dahulu pun mengambil mudah tentang hal bangsa melayu di negeri itu, inikan pula jika kuasa pemerintahan terlepas ke tangan kafir Harbi seperti DAP.

Cukuplah bangsa melayu berpecah dan juga saling mengharapkan orang lain untuk menjaga kebajikan mereka. Sepatutnya didalam keadaan penguasaan politik melayu yang semakin mengecil hari ini, orang-orang melayu harus kembali bersatu demi survival generasi akan datang.

Kita semua harus sedar bahawa kaum lain tak akan membantu kita untuk menaikkan taraf hidup bangsa kita. Melainkan bangsa melayu itu sendiri yang berusaha sehabis daya untuk memakmurkan bangsa dan memartabatkan agama di bumi Malaysia.

Ehsan dari che wan (myKMU).

6 ulasan :

  1. HUHUHU GAMBAR PAWER BROOO!!!...YEHAAAAAAAAAAA!!!. KASI KAW2 LG SAMA DIORANG BROOO!!..KASI LANYAKKKK!! HENTAKKK!!! >:D

    BalasPadam
  2. ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU......

    KALU DAH BEWAK TETAP BEWAK.....
    52 TAUN BEWAK MERINTAH TAKLEH NAK BINA MELAYU KETAHAP YANG LEBIH BEIK. MASA PARTI BEWAK MERINTAH PON MELAYU KENA HENJAQ SAMPAI KELUAQ TAIK. KALU PARTI BEWAK DAN BEKI MELAYU KE TAHAP YANG BULIH BERDIKARI......MAI LA CINA MANA NAK WAT NAYA PON DEPA BULIH PERTAHANKAN DIRI.

    INI TIDAK MASA PARTI BEWAK MERINTAH MENEMPATKAN MELAYU KE TAHAP BAHALOL..... LANI PALA2 BEWAK DAH MEROYAN.

    HUHHHHHH MALAIH AKU CAKAP BANYAK2 NANTI PUAK HANG NEIK DAGHAH DOK MAKI AKU. NEIK DAGHAH KALU TINGGI SANGAT BULIH JADI STROKE....LAGI CEPAT MAMPUIH.... RUGI SATU UNDI.

    BalasPadam
  3. PKR Melayu Pulau Pinang semuanya bisu dan pekak termasuk Timbalam Ketua Menterinya, dah dapat Dato' hari ni lagi pekak laaaaaaaa....

    BalasPadam
  4. Melayu yg ada dalam PKR memang sial lah,sudah lah tempat berniaga di roboh rumah di roboh tanah dirampas lepas ni penempatan org melayu akan dirampas dan dihalau keluar dari p.pinang mana p org kuat PKR p.pinang mansor dapat datok kerana berani roboh rumah org melayu roboh gerai org melayu rampas tanah org melayu tibai wang zakat bagi kat cina laktnat MANSOR BOLIH DEGELAR DATOK CELUP TALI BARUT DAP P.PINANG org melayu P.Pinang tolak mereka PRU 13 nanti jangan harus bagi undi pada mereka mereka ni sial.

    BalasPadam
  5. Bro Jeffry, sama2lah kita lanyak dan hentak dorang bro.

    Lord Reid, terima kasih kerana sudi menceriakan blog kami dgn lawak anda. Hahahaha.

    Anon 15:36, pemimpin PKR melayu P.Pinang dah dijahit mulut dan disumbat telinganya oleh Lim Guan Eng.

    Anon 16:40, Mansor di P.Pinang ni hanya umpama tunggul kayu saja. Cuma tunggu PRU13 nanti untuk rakyat P.Pinang "bakar" dia di longgok sampah.

    BalasPadam
  6. Bangsa Melayu pulau Pinang tidak salah dan tidak semua melayu pulau pinang berdosa dalam hal ini.Yang bersalah dan berdosa adalah melayu yang memberi undi kepada puak pembangkang ini.

    Satu pengajaran yang cukup pahit tetapi amat berguna.PRU 13 Kembalikan Pulau Pinang ketangan UMNO/Barisan Nasional. Jangan kembalikan Gerakan ke Pulau Mutiara.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online