BREAKING NEWS

Anwar bakal kena ISA ?



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara selepas dikaitkan menjadi alat kepada agensi perisikan Amerika Syarikat, Agensi Perisikan Pusat (CIA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.

“Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar.

“Kita sebelum ini tidak tergamak cuba korek (rahsia) kerana cukup-cukuplah mereka sendiri menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kita, tetapi kalau mereka tidak berada di atas landasan dan niat jujur akhirnya benda yang tidak baik akan keluar juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang penulis blog di New York, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Hishammuddin berkata beliau melihat tindak tanduk ketua pembangkang itu ketika ini hanya demi kepentingan politiknya semata-mata.

Katanya wakil-wakil rakyat pembangkang juga telah menyedari agenda peribadi Anwar sehingga memaksa mereka keluar daripada parti itu.


KL Today



Anwar Ibrahim sepatutnya tidak dibebaskan dari penjara Sg Buloh oleh Tun Abdullah. Anwar Ibrahim juga sepatutnya diharamkan terus daripada mencampuri politik dalam negara. Itu lebih baik kerana dengan adanya Anwar Ibrahim selepas dia dipecat dari UMNO, dia telah bertukar menjadi pengkhianat nombor satu negara.

Demi angan-angan untuk berkuasa, Anwar sanggup menjual negara. Demi impian untuk bertahta di Putrajaya, Anwar sanggup menggadaikan bangsanya. Demi kepentingan dirinya juga, dia sanggup untuk melacurkan agamanya bersama-sama PAS.

Anwar Ibrahim sanggup berbohong kepada masyarakat hanya kerana undi. Anwar sanggup bermuka-muka kepada rakyat hanya kerana matlamat sendiri. Dan Anwar juga sanggup menjadi pemutarbelit nombor satu hanya semata-mata demi kerusi Perdana Menteri.

Inilah 'belang' Anwar Ibrahim yang sebenar. Individu pelbagai wajah dan mempunyai seribu tipu helah didalam permainan politik kotornya di negara ini.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online