BREAKING NEWS

Akibat berpolitik suku, ulamak politik PAS jadi tiga suku !



Mengapa PAS begitu takut dan kecoh dengan berita kumpulan ulamak muda menyertai UMNO? Realitinya adalah kerana senario ini jelas menunjukkan bahawa PAS kini dilihat bukan lagi satu platform untuk berdakwah dan juga pentas bagi mengukuhkan Islam di negara ini.

Jika dulu PAS bermegah dengan kemampuan mereka menarik para alim ulamak dengan dakyah parti Islam mereka, kini kebanyakan golongan ulamak muda sudah tahu membezakan perkara yang sebenar tentang ideologi parti PAS.

Kumpulan 40 ulama yang menyertai UMNO minggu lalu hanya secebis kisah yang mendapat liputan meluas media. Tetapi hakikatnya, ramai dari gologan profesional muda negara lulusan bidang agama dari Timur Tengah telah mula condong menyokong dan menyertai UMNO.

Tindakan para ilmuan agama ini menyokong kerajaan adalah di atas beberapa sebab yang tak terlintas di pemikiran kita. Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya negara-negara Arab, mereka terdedah dengan pelbagai konflik yang ada di persekitaran mereka.

Keadaan negara luar yang sering kacau bilau serta ekonomi dan kehidupan sosial yang tidak stabil, telah menjadi asas utama untuk gologan ulama profesional ini menyokong kerajaan apabila pulang kembali ke negara ini.

Mereka sebenarnya dapat melihat bagaimana kerajaan UMNO/BN berusaha menjamin keamanan dan juga kemakmuran negara disamping mengekalkan kesyumulan Islam didalam negara. Ini berbeza dengan PAS yang hanya melaung-laungkan ideologi penubuhan negara Islam juga hukum Hudud tetapi pelaksanaan ke arah itu langsung tak ada.

Ulamak-ulamak tua PAS lebih gemar berpolitik kosong sambil memutarbelitkan ayat quran serta hadis tanpa langsung ada sumbangan kepada masyarakat. Kononnya ulamak-ulamak PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang mahu mencontohi kepimpinan Nabi saw tapi apa yang mereka tunjukkan langsung tak mencapai satu peratus pun dari gaya kepimpinan baginda saw.

Inilah yang dinilai dan diperhatikan oleh para profesional muda dan juga golongan ulama muda ketika ini. Mereka tahu, jika sokongan diberi kepada PAS dan Pakatan Rakyat, kemakmuran serta kestabilan sosio-ekonomi negara akan tergugat.

Visi PAS dan Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim jelas lagi terang iaitu hanya mahu menggulingkan kerajaan sedia ada, bukannya untuk memakmurkan negara. Inilah yang cuba dihindarkan oleh golongan muda setelah mereka melihat dengan jelas corak permainan politik PAS dan Pakatan Rakyat selepas PRU12.

Kini, sama ada PAS ataupun Pakatan Rakyat, perlu menerima hakikat bahawa ulama muda yang kerajaan hantar melanjutkan pengajian di Mesir , Jordan ataupun negara lain di Timur Tengah, semuanya kini sudah dapat menilai parti mana yang dapat menegakkan Islam dan mampu mentadbir seiring dengan kehendak Islam.

Ulama PAS hanya mempolitikKan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja bersama Pakatan Rakyat. Ulamak tua PAS kini hendak bercakap mengenai negara Islam pun sudah takut kerana perlu minta pandangan kafir DAP.

Bagaimana PAS mahu memartabatkan Islam dan berjuang untuk Islam jika parti mereka kini hanya berkasta paling bawah (paria) didalam Pakatan Rakyat? Ulamak politik di dalam PAS kini telah menjadi tiga suku akibat dari permainan politik suku yang mereka amalkan.

1 ulasan :

  1. Salam . . ini ada satu kisah benar yang ana nak cerita . . .Kisah ini berlaku dimajlis doa selamat adik ipar ana di Ipoh . .Ustaz yang dijemput untuk doa selamat itu segak muda . .jernih raut wajahnya . .berkopiah putih dan baju ala2 kumpulan nasyid . . Ana sempat bersembang dgn ustaz muda ni . .dia pensyarah di IPTS . .dua tahun pulang dari Mesir . .Ana saja nak korek sokongan politik dia dengan bertanya . . "Ada pergi ceramah PAS di kampung bla bla bla semalam ? " . . Dia secara spontan menjawap " Kenapa orang kita suka buat andaian berkopiah putih tu PAS ? Tak semestinya orang PAS saja boleh pakai kopiah putih . .Ini sunnah untuk semua orang islam . .Klau guna kopiah putih sebagai identiti PAS . .tak dapat pahala sunnah la "

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online