BREAKING NEWS

LOKMAN ADAM TUDUH NAJIB BOHONG PADA RAKYAT.. #lokman4nkp


Kononnya si Tora-tora bekas PKR ni nak tunjuk dia tu berani bersuara untuk menjaga kebajikan rakyat.., tapi sebenarnya Lokman Adam tu hanya bersandiwara macam jugak bekas bos dia dalam PKR dulu..

Kalau lu mimpi nak jadi pemimpin kanan dalam sayap Umno.., lu kena lah faham situasi sebenar kerajaan dalam isu minyak petrol tu.. Orang kampung pun boleh faham bahawa kerajaan cuma potong pemberian subsidi.., bukannya naikkan harga minyak!!

Harapkan badan je besar macam tong, tapi soal subsidi minyak pun tak boleh nak faham ke Lokman oiii? Sekarang lu nak tuduh Najib tipu rakyat ke beb? Lu nak suruh Najib potong gaji Menteri untuk bagi subsidi minyak??

Gua nak tanya lu beb.., motor besar lu tu pakai minyak berapa liter satu hari? Lu tau tak berapa RM subsidi yang patutnya diberi pada orang miskin yang dah motor besar lu telan??

So macam mana lu nak jadi NKP Umno Lokman oi kalau belum apa-apa lagi lu dah bantai kepimpinan tertinggi?? Lu nak tunjuk lu hero rakyat ke?

Sesungguhnya.., lu mana cukup hensem nak jadi hero rakyat beb.., lain la kalau bekas bos lu si Anwar tu yang baru buat make over bagi nampak anggun..

Dan suka gua nak nasihatkan pada semua perwakilan yang bakal mengundi nanti.., macam ni ke orang yang korang nak pilih jadi NKP Umno? Kuat memberontak sebijik macam Anwar dan tak tau fikir panjang sebijik macam Assmin Ali..

Kalau inilah bakal NKP Umno yang dilantik nanti.., gua akan umum masuk parti Thai Rak Thai lepas pemilihan Agung.. Sekurang-kurangnya gua boleh makan pulut pelam hari-hari.. Muahahaha...


______________________________________________________



Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.

Bakal calon Naib Ketua Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

"Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.

"Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini.

Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum.

"Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan ketidaksamaan.

"Dalam perkara ini, kerajaan telah melanggar janji mereka walaupun berpegang teguh kepada prinsip dan amalan 'janji ditepati'," katanya.

Beliau berkata kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya amat kecewa apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Ia seperti memberi ganjaran kepada rakyat bersempena 100 hari pentadbiran mereka," katanya.

Justeru, Lokman berkata beliau berharap dalam mengemudi sayap Pemuda yang boleh menjadi 'kumpulan pendesak' daripada hanya menjadi 'penyelesai masalah'.

"Saya yakin golongan muda akan menyertai kami sekiranya kami terus menyuarakan masalah mereka. Itulah yang sebenarnya dilakukan 'kumpulan pendesak'," kata Lokman.

Lokman yang akan menentang tiga pencabar untuk jawatan itu pada pemilihan parti yang akan datang turut berkata, beliau akan berjuang untuk kaum bumiputera.

Beliau berkata, ini kerana peningkatan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan sayap-kanan Melayu yang mengambil alih peranan mereka.

"Oleh itu, sayap Pemuda dilihat sebagai lemah apabila hak Melayu dicabar oleh orang lain," katanya.

Ahli politik berusia 40 tahun itu berkata, keutamaan harus diberikan kepada kaum Melayu kerana mereka adalah deposit tetap Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

PRU-13 pada Mei lalu menyaksikan peningkatan ketara undi kaum Cina kepada pembangkang yang disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'tsunami Cina'.

Meskipun situasi itu mengejutkan Barisan Nasional, Umno berjaya merampas kembali sembilan kerusi yang tewas pada pilihan raya umum 2008, satu bukti sokongan Melayu yang kuat, kata Lokman.

"Kini kita harus fokus terhadap 'deposit tetap' kerana apabila kaum Melayu kuat dan bersatu, kaum-kaum lain tiada pilihan selain menerima hakikat bahawa mereka bergantung kepada kaum Melayu atau mereka akan kehilangannya ~ mStar

3 ulasan :

  1. perkara yg baik perlu diberi perhatian. lokman cakap perkara yg betul pada pandangannya mengikut cakap rakyat bawahan. tang nak pilih dia tu pewakilan punya pasal. kalu dia tak cukup umno lagi, tak perlu la nak pilih. tapi perkara yg betul kena akui. jgn kerana dia tak sesuai, maka pendapatnya tak boleh diterima.

    BalasPadam
  2. Pelik dengan pemikiran orang umno:
    1- turun harga minyak tak nak
    2-pendidikan percuma tak nak
    3-turun harga kereta tak nak
    -Mereka lebih suka hidup susah dibenani kos hidup yang tinggi asalkan pemimpin2 umno hidup senang lenang.

    BalasPadam
  3. kami org umno xnk malaysia diperintah oleh seorang homoseks..munafik..sahabat yahudi..walaupun ditawarkan dgn pelbagai nikmat dunia..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online