BREAKING NEWS

TUN MAHATHIR BAGI PETUA UNTUK BN MENANG BESAR PRU13.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

“Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

“Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon. Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang.”

BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang sepatutnya mengikut jejak beliau.

“Dia patut bersara sebab dia aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak jawatan pada 2003.

“(Lim) Kit Siang ini walaupun dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan berpengaruh, tapi tiba masanya dia tarik diri, tak usah bertandinglah, bagilah peluang pada orang muda,” katanya.

Dr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli PAS seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau.

Zainon atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana terpengaruh dengan “Amanat Haji Hadi” yang menyatakan bahawa Umno kafir. — Bernama

15 ulasan :

  1. salut tun....punya bangang orang yang datang ceramah anwar....anwar punya labun kata umno kroni....cuba la yang bodo2 dengo ceramah tu tanya anwar pkr tu kroni x?

    BalasPadam
  2. Petua terakhir dr manusia yg tak tahu malu & takut kpd ALLAH MAHA PENCIPTA...konon undi demi parti, bukan ker demi saham arak & bisnes anak engcow??? malaysia dah nak bankrap sape yg belanja semua duit tu PR ker???? duit petronas, hasil balak dll lg yg ALLAH kurniakan utk rakyat Malaysia, mahadeath dah pulun bersama UMNOporno & kroni2...apa rakyat dpt kalau undi UMNO/BN...tanggunglah hutan 500 billion, hutang PTPN, AES, TOL dll...ada mahadeath kesah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ko dpt figure dan info nih?aku musykil sb tk tepat...pandai pulak kau hacked fail2 kerajaan nk dptkan info ni...ko je lah jadi menteri.

      Padam
    2. sentap....allah?....bukan p.r gadai ke?.....ckp jesus la bro.......

      Padam
  3. tahniah en blogger...anda adalah melayu/islam yg menyokong kezaliman,perasuah,perompak harta negara, penyamun tanah rezab melayu,pemmimpin anda mempersendakan rasul & hukum ALLAH...berbaloi kah upah yg anda terima demi menyokong pemimpin2 yg dimurkai ALLAH & dibenci rakyat yg tertindas...manusiakah anda ? @ setan betopengkan manusia? fikir2lah semasa nyawa masih di badan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maki hamun fitnah....lepas tu sebut nama ALLAH....
      maki hamun fitnah...lepas tu sebut
      nama ALLAH........Itu le strategi org pr.
      MEREKA LAH YG PALING ISLAM DPD ORG LAIN......

      Padam
    2. Ckp la apa pun tkda nya PR nk menang PRU13 org dah tau muslihat jahat korang..sapa nk ber Perdana Menterikan Ulamak nyanyuk,Cina Komunis dan Kaki jubor terajui negara.

      Padam
    3. Penyokong2 PR ni ibarat dibakar tak hangus, direndam tak basah..hehehehe...toksah dilayan org meroyan ni..

      Pstt..banyak ilmuan dan cerdik pandai dh tinggalkan PR..yang tingal hanya orang orang2 yg meroyan jek..

      Padam
  4. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam
  5. BILA PULAK HANG NAK INSAFKAN HANG PUNYA ANUGERAH TUHAN DAN PEMIMPIN2 LAIN YANG KANTOI? HANG BUKAN MELAYUINSAF TAPI MELAYUMUNAFIQ!! PERASAN BAGUIH..BO LA WEI!!

    BalasPadam
  6. Kalau ia sekalipun tk suka pd Tun,dia dah dlm kerajaan sebelum kita dilahirkan.Kita tk tahu betapa susahnya nk tadbir kerajaan dan negara utk menikmati kesenangan dan kestabilan ekonomi.Banyak negara lain didunia yg gagal tetapi berlakon konon2 negara diaorg bagus dan tkda mslh tetapi msia dicemburui sb aman dan makmur serta dicontohi.Kalau tun ada dosa biarlah Allah swt sahaja yg menghukum beliau sb kita pun ada dosa sendiri dantk perlu nk menghukum org lain.

    BalasPadam
  7. Hampa punya pasai lah...aku tetap ngn bn dan umno...

    BalasPadam
  8. PR itu satu kecelakaan pada umat ISLAM! tolak Parti Ajaran Syaitan@Syiah!!!

    BalasPadam
  9. ko sape nak ckp org syaitan..lu bape segala syaitan

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online