BREAKING NEWS

TERKINI!!! ANWAR UMUM AKAN PERTAHAN KERUSI PERMATANG PAUH.


TERKINI DARI SIDANG MEDIA PKR : Anwar Ibrahim menyatakan secara terbuka untuk bertanding di Perak tetapi perlu mendapat restu daripada pengundi di kawasan parlimennya Permatang Pauh sebelum membuat keputusan muktamad.

Ketua pembangkang itu berkata akan turun ke Permatang Pauh untuk membuat penjelasan tentang hasratnya untuk bertanding di Perak kepada pucuk pimpinan parti, memandangkan kerusi tersebut adalah kubu kuatnya sejak tahun 1982 lagi.

“Saya perlu pulang ke Permatang Pauh untuk menenangkan pimpinan dan pengundi di Permatang Pauh,” kata Anwar dalam satu sidang media yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat PKR di sini.

“Saya perlu jelaskan dan memberi faktor saya buat keputusan itu.”

Anwar juga mengakui hasratnya untuk bertanding di Perak tetapi tidak mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya, malahan tidak menolak kemungkinan terpaksa untuk kembali ke kerusinya di Permatang Pauh.

“Ya, seperti telah saya katakan mungkin akan bertanding di Perak.

“Tapi saya mungkin akan dipujuk semula untuk kembali ke Permatang Pauh,” katanya lagi.


p/s: Puiiiii!!!! Sapa lah nak pujuk lu Nuar oiii di Pmtg Pauh niii?? Orang kampung pun dah tak hingin tengok lu punya muka tau!!!

8 ulasan :

  1. masuk bakul angkat bontot sendiri ,hampeh mat arsenik ni...

    BalasPadam
  2. kononnya jadi pujaan rakyat la tu..rakyat takut kena TERKAM la aljub ooooi..

    BalasPadam
  3. Anuar dcadang bertanding dmana-mana kawasan pilihanraya d Sabah. Pasti menang punya..tapi dia kena nyanyi dulu
    .Tanya sama Najib napa Sabah goyang,
    nanti jawab Najib Nuar yang dalang.
    Tanya sama Sabahan,
    Bolehkah PR menang,
    Sabahan nanti jawab
    PKR pasti kecundang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Jangan harap PR menang di Sabah.

      Padam
  4. mungkin stok kunyit banyak permatang pauh kot......sebab tu dia balik....

    BalasPadam
  5. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!

    Tolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!

    Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam
  6. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun penyokong kaum sesat LGBT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online