Gua terbaca dalam Facebook mengenai seorang pelanggan yang merungut pasal Pizza yang dia beli ada lipas..
Memang menjijikkan beb..
Baru je hari tu gua baca pasal karipap berulat di Secret Recipe, ni timbul pulak cerita pasal pizza lipas pulak..
Nasib baik gua tak makan di kedua-dua premis tu.., kecualilah orang belanja.. Hehehehe..
Walau bagaimanapun, gua setuju isu-isu macam ni tak patut berlaku beb.. Dorang tu bukan pengeluar makanan cap ayam.., tapi jenama popular seluruh dunia.
Dan gua rasa dorang patut jaga kualiti serta kebersihan produk makanan keluaran dorang. Selain tu, mutu servis dan kepercayaan pada pelanggan harus dijaga beb..
Macam baru ni, gua ada pergi ke sebuah premis popular jual nasi ayam. Gua dihalang untuk duduk di satu tempat dalam kedai tu hanya semata-mata dengan alasan takut cashier tak nampak..
Gua disuruh duduk makan dekat dengan frontline counter beb.. Dorang ingat gua tak ada duit nak bayar apa yang gua makan ke? Terus gua blah dari premis tu tanpa kompromi!
Dah lah customer kena bayar cukai dari semua makanan tu.., then ada hati pulak dorang nak mengarah macam-macam.
Gua syak budak pompuan comel yang halau gua tu mesti orang Umno.. Dan orang yang letakkan lipas dalam pizza tu pun orang Umno jugak.. Sebabnya.., apa yang jahat jadi dalam negara ni, semuanya akan disalahkan kepada Umno..
So tak salahlah gua nak ambik kesempatan kann... Hahahahaha...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
kalau nampak, komplen je lah. Mintak free.
BalasPadamPizza Hut anak syarikat KFCH. KFCH adalah milik JohorCorp. Orang Melayu punya. Jgnlah lingkupkan bisnes bangsa sendiri sbb salah kecik. (BTW, staf patut kena tindakan disiplin sbb cuai)