BREAKING NEWS

Timbalan Ketua Menteri 2 Penang bakal keluar dari DAP?


P Ramasamy menghentam balik ahli jawatankuasa DAP negeri, RSN Rayer yang menuduhnya "mengemis" untuk mendapatkan jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang II selepas pilihan raya umum 2008.

Ramasamy (kanan) berkata soal mengemis bagi jawatan TKM tidak timbul kerana usaha untuk menambah wakil kaum India dalam kerajaan negeri telah bermula sebelumnya - dalam jawatankuasa eksekutif pusat DAP (CEC) selepas pilihan raya.

Beliau mengaku mengunjungi Karpal Singh di hospital pada masa itu bersama Rayer kerana peguam veteran itu tidak menghadiri mesyuarat CEC di mana perkara itu telah dibincangkan.

Ramasamy berkata, apabila beliau bercakap kepada Karpal mengenai jawatan TKM untuk orang India, beliau tidak bermaksud ia adalah untuk dirinya.

"Saya memintanya untuk masyarakat India, saya tidak perlu mengemis (untuk jawatan itu)," katanya.

"Sama ada Karpal bercakap kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng atau tidak selepas itu, saya tidak tahu," kata timbalan ketua DAP Pulau Pinang itu, sambil menambah beliau menyertai DAP bukan untuk mendapat kedudukan atau kuasa.

Katanya, beliau meninggalkan profesyennya sebagai pensyarah kerana beliau telah meluahkan isi hatinya.

Sehubungan itu, beliau bertanya, apakah DAP akan mengambil tindakan terhadapnya kerana beliau berbuat demikian?


p/s: Mungkin Ramasamy ni bakal jadi Gobalakrishnan part two di Penang.. Gaduh jangan tak gaduhh... Yihaa...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online