BREAKING NEWS

Nasrudin Tantawi suka aksi MAYA KARIN di RANJANG...


Kata Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".

Bersyukur dan memuji Allah SWT kerana berjaya memaparkan elemen 'ranjang' dan 'mesra'? Apa kejadahnya yang telah terjadi ni beb?

Lagi Sekali.., PERLUKAH aksi Ranjang dilakonkan bagi menterjemahkan dan ditayangkan di dalam sebuah filem?

Dan yang lebih tak faham bila alasan yang diberi ianya penting untuk adalah untuk menghidupkan perjalanan sesebuah cerita.. ni cerita apa sebenarnya ????

Kalau sekadar nak tunjuk keintiman dan keromantikan suami isteri atau pasangan yang baru berkahwin, gua rasanya banyak lagi cara lain…, melainkan pengarah tersebut cukup bengap untuk mencari idea bagi menterjemahkannya, sedangkan aksi rogol pun boleh diterjemahkan dalam cara yang berbeza…

Yang pasti dan jelas dimata kita, semua ini adalah cara untuk menarik penonton… Memula si artis buat kenyataan betapa sukar dan malunya dia nak melakonkan aksi panas, ranjang atau SEX tersebut…

Lepas tu, dengan bangga pulak bersyukur bila menyudahkan aksi ranjang tu dengan alasan yang sama iaitu terpaksa kerana nak menghidupkan watak… Apalah punya blur..

So.., benda ni si Nasrudin Tantawi serta puak-puak gerombolan Pemuda PAS tu taknak buat demo ke? Dulu buat main lantang bila timbul isu filem Hantu Bonceng..

Jangan kerana Si Nasrudin minat kat Maya Karin, perkara ni dibiarkan lepas macam tu je.. Takkan nak double standart kot?

7 ulasan :

  1. APA HUKUMNYA HASIL PENDAPATAN PELAKON YANG MELAKONKAN WABAK TERSEBUT?HALAL ATAU HARAM??APA PANDANGAN PARA PEMBACA???

    BalasPadam
  2. jangan double standard bro..filem anuar berahipun korang promote gila gila, orang lain buat tak boleh pulak?

    sendiri fikir ler...

    BalasPadam
  3. ish... ish... KALAU TANYA ORG MABUK ATAU ORANG 3 SUKU PUN TAHU JAWAPANNYA.
    MASAALAHNYA IALAH PENGARAH-2 FILEM DI MALAYSIA WAKTU NI TAK ADA SATU PUN YANG BERBAKAT DAN KREATIF. KALAU BUAT DRAMA, BOLEH DPT A, TAPI BUAT FILEM JADI E. ADA LA SORANG DUA YANG AGAK BAIK JUGA KREATIVITI, TAPI MASIH TAK CUKUP BAIK UNTUK DI BANGGAKAN.

    BalasPadam
  4. Yb Raz.., filem ANuar berahi tu lah yang lu dok ulang tengok hari-hari masa Gomo promote dulu.. Buat modal gamaknya... Hahahahaha...

    BalasPadam
  5. gua x tengokpun..tak berselera hahahahaha

    BalasPadam
  6. apa punya turr laa ... nie citer geli punya hal laa ... sedap bhai DUNIA AKHIR ZAMAN bila maksiat disudahi dengan ALHAMDULILLAH .....

    BalasPadam
  7. dengan itu jugalah berduyun-duyun MELAYU ISLAM pi tengok kat panggung wayang DAN BERJUTA-JUTA jugalah kutipan tiket hasil dari GELI punya hal .... dan dengan kata-kata hikmat SYUKUR ALHAMDULILLAH KUTIPAN ..BLA...bla..bla berjuta-juta dapat dan duit hasil kutipan itu dibayar bonus kepada para pelakon dan krew dan ada yang mendapat pekej mengerjakan UMRAH ... apa punya turrrrrr ni.... DUNIA AKHIR ZAMAN KAlo boleh aku nak besok DUNIA KIAMAT JER tak payah nak PRU 13 lagi ... woha hahhaha....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online