BREAKING NEWS

Akibat pengaruh Anwar, Stesyen Tv dan Radio siar lagu LUCAH..


Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV,” kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.

Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk ”Mobil Bergoyang”, ”Cinta Satu Malam”, ”Hamil Duluan”,”Aku Ingin Dilubangi” dan ”Mari Bercinta 2”.

"Mobil Bergoyang, sebagai contoh, mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.

Lagu ”Hamil Duluan” ialah mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata, suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.

"Apa yang boleh kami buat ialah mengharamkan ia daripada disiarkan. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat, yang disebut sebagai negara paling liberal, lagu dan video yang mengandungi bahan seks tidak dibenar disiarkan untuk awam,” katanya.

Ibu bapa pula mengalu-alukan pengharaman itu dan seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata, beliau amat terganggu apabila mendengar anak perempuannya berusia dua setengah tahun menyanyikan lagu ”Cinta Satu Malam”.

"Ia tidak manis untuk didengar,” katanya yang memberitahu anaknya mendengar lagu itu daripada televisyen dan beliau meminta isterinya menukar saluran lain apabila video itu disiarkan. -Bernama-

1 ulasan :

  1. ada filem baru dalam astro - ANWAR

    http://en.wikipedia.org/wiki/Anwar_%282010_film%29

    nuar punya filem kot.... HA HA HA

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online