BREAKING NEWS

Anwar cuba lari dari isu dakwaan Rahimi..


“(Saya) menghargai keprihatinan. Tetapi ia tidak relevan kepada saya,” kata Anwar dalam emel ringkas kepada The Malaysian Insider.

Anwar yang masih berada di luar negara memberitahu, beliau menyerahkan kepada peguam-peguamnya menangani perkembangan terbaru ini.

Kenapa Anwar hanya mengatakan bahawa aduan polis bekas Setiausaha Sulitnya Rahimi Osman tidak relevan tanpa ada sebarang komen lain?

Mengapa Anwar tak berani menyangkal bahawa aduan Rahimi yang mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya itu tidak benar?

Saya rasa Anwar pasti tahu kisah yang sebenar disebalik tindakan bekas Setiausaha Sulitnya ini. Dan Anwar juga pasti tahu perangai anak buahnya didalam PKR ini semua.

Sebagai seorang De Facto yang paling berkuasa didalam PKR, Anwar tak sepatutnya bahawa aduan Rahimi ini tak relevan kepada dirinya. Nampak sangat bahawa Anwar hanya mementingkan diri sendiri dan tak ambil berat terhadap apa yang berlaku kepada ahli-ahli PKR lainnya.

Lagipun, kenapa pula aduan Rahimi tidak relevan kepada Anwar? Bukankah didalam aduannya Rahimi mengadu bahawa dia dipaksa untuk menandatangani surat akuan sumpah palsu didalam kes liwat Anwar?

Ini sahaja sudah cukup untuk menjadikan Anwar terlibat secara langsung didalam semua kemelut ini.

Jadi, kenyataan Anwar ini saya lihat sebagai satu satu cubaannya untuk lari dari menjawab isu dakwaan Rahimi. Latheefa Koya dan Saiful Izham dibiarkan oleh Anwar untuk menjadi kambing hitam bagi menutup segala pendedahan salahlaku PKR yang dibuat oleh Rahimi.

Inikah yang dikatakan sebagai seorang pemimpin yang prihatin?

Jika apa yang terjadi didalam partinya sendiri pun tidak dikisahkannya, apakah manusia yang mementingkan diri seperti Anwar ini mampu menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya?

Cubalah fikir-fikirkan...

3 ulasan :

  1. bila nak balik ni bro? lama sangat dah kat oversea to...kes asik tunda2 jer..bila nak abis ni??

    BalasPadam
  2. Kenapa cabut lari keluar negara setelah parti bermasalah dia Anuar selalu macam itu apabila ada masalah dia akan berlidung diluar negara lebeh baik tak usah balik terus lagi bagus dok dalam negara buat kacau keamanan negara je.

    BalasPadam
  3. Dia pi rasmikan cabang cabang dan ranting ranting gay sedunia kat luar negeri tu. Pemimpin apa jenis dia tu? pemimpin taik kucing.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online