BREAKING NEWS

Wan Azizah patut letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang!


27 July 2016 - Pelik dengan jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang... Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang dilihat tidak memainkan peranan beliau... Beliau dilihat hanya lebih menumpukan tumpuan terhadap isu pembebasan suaminya.

Wan Azizah yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang sepatutnya memainkan peranannya sebagai ketua antara parti pembangkang... Tetapi, Wan Azizah gagal memainkan peranan tersebut.

Seperti isu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu, kedudukan Wan Azizah selaku ketua pembangkang seakan lemah apabila Guan Eng berkeras tetap mahu mengadakan pilihan raya jika PKR tidak merestuinya.... Perkara ini seolah-olah menunjukkan yang Guan Eng pula menjadi Ketua Pembangkang.

Wan Azizah sepatutnya berkeras dengan Guan Eng yang kini hanya memikirkan untuk mengadakan pilihan raya... Wan Azizah patut menasihati atau memberi amaran kepada Guan Eng supaya mengawal diri untuk tidak bertindak bodoh.

Sekiranya Wan Azizah gagal menghalang niat Guan Eng untuk mengadakan pilihan raya negeri yang dilihat tidak mempunyai tujuan, Wan Azizah disarankan untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang... Ini kerana, Wan Azizah sebelum ini pernah menegaskan bahawa tiada keperluan pun untuk DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

Jadi, perkara ini amat sesuai dengan keadaan yang berlaku, dimana Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang gagal memainkan peranannya apabila hanya membiarkan Guan Eng mengatasi keputusan beliau selaku Ketua Pembangkang.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online