Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
UMNO P.Pinang bersedia jika Pilihanraya Negeri diadakan.
Comments : 0
23 July 2016 - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman memaklumkan Umno negeri itu sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri.
Zainal menjelaskan, Umno Pulau Pinang kini telah menggerakkan Bilik Gerakan di setiap kawasan DUN dan Daerah mengundi dalam keadaan 'mode pilihanraya' memandangkan pilihan raya dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini.
"Umno Pulau Pinang sentiasa mempertingkatkan persediannya untuk menghadapi kemungkinan berlaku pilihan raya. Umno Pulau Pinang akan menggerakkan Bilik Gerakan di setiap kawasan DUN dan Daerah Mengundi memasuki 'mode pilihanraya' memandangkan Parlimen semasa akan tamat tempoh dalam 24 bulan saja lagi," kata Zainal.
Walaupun Zainal memaklumkan ia sebagai persedian untuk menghadapi pilihan raya umum, namun persedian yang dilakukan oleh Umno Pulau Pinang ini juga sebahagian daripada persedian menghadapi pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
DAP sebelum ini memutuskan mahu mengadakan pilihan raya mengejut ekoran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP didakwa atas 2 tuduhan rasuah.
Menurut DAP, mereka mahu mengadakan pilihan raya mengejut ini untuk memberi hak atau mandat kepada rakyat bagi menentukan samaada Guan Eng layak digugurkan mahupun terus dikekalkan.
Bagaimanapun, hasrat DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu terbantut apabila rakan sekutu mereka, PKR tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan meminta DAP memberi lebih banyak masa kepada parti itu untuk membuat keputusan muktamad.
Sekiranya berlaku pilihan raya mengejut, ini merupakan peluang kepada Umno dan parti komponen Barisan Nasional untuk menambahkan kerusi di negeri itu sekaligus merampas semula kuasa kerajaan negeri.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.