BREAKING NEWS

Tangguh pemilihan parti..., DAP cakap tak serupa bikin.


20 July 2016 - Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengutuk tindakan dwi-standard DAP yang membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Tindakan tersebut kononnya untuk memberi tumpuan penuh kepada pilihanraya umum akan datang. Padahal dorang sengaja menangguhkan perkara tersebut kerana mahu memberi jalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Keputusan yang disifatkan tidak adil serta pilih kasih itu dibuat oleh majlis eksekutif pusat. Jelas penangguhan itu dibuat bagi memberi laluan serta taktik mereka untuk memanjangkan tempoh Lim Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

Guan Eng sebelum ini tidak dibenarkan bertanding lebih daripada dua penggal, Pemuda Gerakan bagaimanapun melahirkan rasa terkejut dengan berita penangguhan tersebut.

"Pemuda Gerakan terkejut dengan keputusan tiba-tiba DAP untuk menangguhkan pemilihan parti mereka selepas kes rasuah yang dikatakan dihadapi oleh setiausaha agung mereka.

"Pada masa lalu, pemimpin DAP menggambarkan penangguhan pemilihan parti oleh parti-parti komponen BN tidak demokratik," katanya.

DAP tak sepatutnya buat keputusan sebegitu kerana sebelum ini bukan main lagi parti itu mengutuk pihak lain... sekiranya pihak tersebut berbuat sedemikian. Tapi bila kena batang hidung sendiri boleh pulak mereka ‘menghalalkan’ perbuatan itu walaupun sememangnya itu hak parti poltik mereka.

"Itu adalah satu bentuk dwi standard," katanya.

Bukan tu je, Guan Eng tidak sepatutnya dikekalkan daripada jawatan ketua menteri Pulau Pinang kerana sebelum ini telah muncul palbagai pihak mendesaknya untuk mengambil cuti sementara menunggu kesnya selesai dibicarakan.

"Pada masa lalu, pemimpin-pemimpin DAP berkata, mana-mana pemimpin negara kita yang didakwa rasuah mesti mengambil cuti sementara menunggu keputusan perbicaraan.

"Bagaimanapun, sekali lagi, mengapa prinsip itu tidak dikenakan ke atas Lim?

"Kepura-puraan politik seperti ini perlu dihentikan oleh mereka. DAP harus berhenti menjadi 'Double standard Action Party'," katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online