BREAKING NEWS

Pembangkang makin caca marba.. Pakatan baru akan muncul di Sarawak


13 July 2016 - Rasanya tidak cukup dengan bermacam pakatan yang telah ditubuhkan oleh pembangkang sejak dari dulu, tidak cukup dengan Pakatan Rakyat timbul pula Pakatan Harapan. Bila di ambang PRU-14  kononnya bakal timbul pula satu pakatan baru yang telah pun dinamakan sebagai Gabungan Rakyat Saksama (Saksama).

Korang rasa relevan ke pakatan yang baru ni ? Kalau yang sedia ada pun sudah cukup mengelirukan rakyat, nak tambah pula dengan pakatan baru ni. Mungkin, akan bertambah lagi satu saingan untuk menyaingi BN. Namun, PRU-14 sudah semakin hampir mustahil ia dapat memberi kesan yang mendalam terhadap BN.

Sedangkan Pakatan Harapan yang sudah lama mengidamkan kejatuhan BN juga belum menjadi kenyataan, tambahan pula pakatan baru tersebut. Menurut penganalisis politik Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali, Saksama hanya akan menambahkan kekeliruan rakyat terhadap puak pembangkang.

Hal ini tidak akan memberi mereka lebih banyak sokongan, malah rakyat akan tertanya-tanya motif perjuangan politik yang dibawa. Sudah sedia maklum pembangkang memang tidak mempunyai persepakatan diantara satu sama lain, walaupun mereka kononnya bersatu tapi masing-masing ada agenda yang tersembunyi.

"Rakyat akan tertanya-tanya, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan, kini Saksama pula? ia pastinya menjadi kekangan kepada Saksama untuk membuktikan kemampuan mereka dalam politik negara.," katanya

Mungkin, Saksama juga tidak terkecuali hanya mengambil bahagian dalam pentas politik semata-mata tanpa ada arah tuju yang dapat menyakinkan rakyat. Tidak mengejutkan sekiranya Saksama juga akan menjadi seperti Pakatan pembangkang sedia ada.

Jika pembangkang sering membuat keputusan sendiri, maka akan wujud pelbagai pakatan baru. Mungkin ini akan memberi kesan buruk pada BN, tapi kesan kepada pembangkang lebih mendalam kerana mereka akan mendapat tentangan dari sekutu sendiri.

Pembangkang juga telah melahirkan musuh dalaman dengan sikap mereka yang sering menikam satu sama lain.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online