BREAKING NEWS

Pembangkang di Malaysia amalkan politik Hipokrit


4 July 2016 - Pembangkang memang selalu amalkan politik hipokrit, macam kes rasuah Guan Eng yang sedang hangat sekarang ni. Kononnya penahanan Guan Eng disebabkan Umno/BN. Macam tak masuk akal pulak alasan puak pembangkang tu, mula nak tuding jari salahkan pihak lain.

Sepatutnya pembangkang lebih cekap untuk menangani isu ini, sebab sebelum mereka pandai mengesa pemimpin Umno/BN untuk meletakkan jawatan atau bercuti jika berhadapan dengan sesuatu tuduhan, tapi Guang Eng masih membatu tidak meletakkan jawatan atau bercuti sementara dalam siasatan.

Sekarang, pembangkang sendiri tidak mempraktikkan apa yang sering mereka laungkan. Mana perginya semangat demokrasi pembangkang selama ni ? bila terkena di atas batang hidung sendiri mula naik meroyan salahkan Umno/BN.

Jika Umno/BN boleh campur tangan dalam sistem perundangan seperti tuduhan pembangkang, mungkin isu Khir Toyo dulu mudah diselesaikan. Bukan sebab Guan Eng adalah seorang pembangkang maka hukuman berat akan dijatuhkan, rasanya pembangkang perlu faham undang-undang sebelum membuat tuduhan yang tak berasas macam ni.

"Ini bukan soal BN mahupun Umno, ini soal ketelusan dalam tadbir urus membabitkan ketua menteri berkenaan dengan sistem perundangan di negara ini", kata Datuk Sohaimi Shahadan

Mungkin juga, bila berkaitan dengan pembangkang, Umno/BN akan dipersalahkan. Sedangkan parti tersebut tiada kuasa untuk menentukan hukuman. Namun, demi menutup cela pembangkang sendiri, isu ini dipolitikkan untuk menghancurkan imej Umno/BN dimata rakyat.

Nampknya, pembangkang tidak perlu membuat tuduhan melampau, tapi mereka harus mencari solusi untuk menampakkan mereka sebagai sebuah parti yang bermaruah. Mereka perlu menerima keputusan perundangan dengan hati yang terbuka, tanpa mengaitkan Umno/BN dalam isu berkenaan.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online