BREAKING NEWS

PAS Sabah cuba pancing ahli UMNO masuk PAS.


1 July 2016 - PAS Sabah kononnya nak ajar ahli Umno ni keluar parti.. Sebab nya sebelum ni ada ahli Umno di Sabah yang merajuk dengan isu pergantungan DS Shafie. Nampaknya PAS cuba nak mengambil kesempatan ni untuk memberi ruang kepada ahli Umno di sana untuk keluar dari Umno.

Dalam pada itu, PAS menyatakan Umno sudah pun lari dari landasan yang betul, jadi ahli Umno perlu sokong PAS kerana parti islam tersebut mempunyai matlamat yang jelas dan tidak mudah dipermainkan.

"Saya yakin ramai di kalangan ahli Umno yang tidak suka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang ada dalam kerajaan sekarang ", kata Pesuruhjaya Pas Sabah, Mohd Aminuddin Aling

Rasanya mungkin PAS nak tunjuk hero dan mengambil kesempatan di atas isu ni bagi mengalih pandangan ahli Umno untuk bersekongkol dengan PAS. Nampaknya, puak pembangkang masing-masing asyik mempolitikkan isu ini untuk mempedaya ahli Umno agar membenci pucuk pimpinan parti tersebut.

PAS Sabah nampaknya cuba guna straregi ni untuk menarik lebih ramai penyokong mereka menjelang PRU. Tambahan pulak, dikatakan ada 300 ahli Umno semporna telah mengambil keputusan untuk tinggalkan parti. Mungkin propaganda PAS ni akan berhasil menarik sedikit sebanyak ahli yang sudah mula tawar hati dengan Umno.

Tidak dinafikan, pembangkang memang akan mengambil kesempatan daripada isu yang macam ni. Jadi sebagai ahli Umno, sepatutnya mereka tidak boleh membuka ruang untuk pembangkang menjadi 'tukang cucuk'.

Walaupun ada ahli Umno yang rasa marah dengan keputusan yang dibuat MT, mereka perlu berbincang dan menghayati kembali tujuan sebenar tindakan tersebut dibuat. Jangan pula ada ahli Umno sendiri yang tunjuk lemah sampaikan pembangkang dapat mengambil kesempatan. Jika ahli Umno berterusan macam ni, tak mustahil nanti parti sendiri akan turut terancam.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online