Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS kini semakin kukuh dan lebih berpengaruh selepas keluar dari Pakatan.
Comments : 2
28 July 2016 - PAS kini dilihat lebih maju dalam berpolitik berbanding di dalam Pakatan Rakyat . Diatas kekejaman DAP yang telah menjadikan PAS sebagai macai di dalam Pakatan, kini PAS makin berubah dan menjadi berpengaruh setelah ketiadaan DAP bersama dalam perjuangan politik mereka.
Selain itu, PAS mungkin merasa lega kerana sudah dapat mengatur strategi politik mereka mengikut landasan prinsip parti yang telah wujud sekian lama. Sekarang PAS juga makin membuka pintu untuk menerima UMNO dalam sebarang cadangan bagi kepentingan rakyat dan negara.
Menurut Dipertua PAS Kawasan Lipis, Roslan Harun , PAS semakin memberangsangkan ekoran keputusan mereka untuk tidak bersama-sama dalam Pakatan Rakyat. Boleh jadi, jika PAS terus bersama Pakatan sehingga sekarang, tiada apa-apa perubahan yang bakal berlaku dalam parti. Malah mereka juga akan dijadikan kuda tunggangan dalam mana-mana pilihan raya.
" Pertambahan ahli Pas dilihat semakin memberangsangkan selepas keputusan parti itu untuk keluar dari Pakatan Rakyat, Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan apabila makin hari bilangan mereka yang menjadi ahli makin bertambah,” katanya.
Mungkin juga, nasib PAS sudah berubah dan kini PAN mengantikan PAS untuk berada di dalam Pakatan Harapan. Tidak mustahil PAN akan terkubur sekiranya masih bersama mereka sebagai macai DAP. Parti baru tersebut tidak mungkin dapat bertahan kerana sikap ahli parti di dalam pakatan hanya menjaga kepentingan diri mereka saja.
Agaknya, PAS masih bertahan sehingga kini kerana hasil daripada sokongan rakyat yang bertambah untuk PAS selepas mereka bersendirian. Mungkin, perjuangan PAS meningkat kerana ia menjadi pilihan munasabah untuk dipilih sebagai parti masyarakat Melayu berbanding semua blok pembangkang yang lain.
Namun, PAS masih berdegil untuk memberi kerjasama bersama UMNO, memandangkan kedua-duanya mempunyai prinsip menjaga hak orang melayu dan agama Islam. Jika mereka terus bergabung untuk melawan semua blok pembangkang , ia bakal menjadi satu pakatan yang hebat serta digeruni.
Walaupun, PAS masih tidak bersetuju dengan UMNO, keyakinan untuk parti mereka bagi membela nasib melayu akan terus disokong. Terutamanya golongan muda yang semakin celik dalam menilai hal politik dapat memilih mana-mana parti untuk terus menjadi tunggak pada negara dan bangsa.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Melayu tiada pilihan selain bersatu kalau tidak mahu apa yang dikendong tercicir dan yang dikejar tak tentu dapatnya. Pilihan yang logik buat masa ini ialah Pas.
BalasPadamAlangkah indahnya jika di Selangor, PKR+PAS+BN membentuk kerajaan negeri. Exco dikongsi dari semua parti kecuali DAP dan PAN. MB Selangor dari PAS atau PKR.
BalasPadamDi Pulau Pinang, BN+PKR+PAS....exco dikongsi semua parti kecuali DAP dan PAN. MB Pulau Pnang Melayu dari PKR atau PAS.
DAP dan PAN hanya sekadar pembankang di kedua2 negeri tersebut. Ini tidak mustahil kerana jumlah kerusi membolehkan kedua dua scenario tersebut menjadi kenyataan. Hanya rakyat dan pemimpin perlu bersatu menolak parti kapir rasis DAP.
Musuh Melayu dan musuh Islam yg nyata adalah DAP.