Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAN akan musnahkan PAS di Penang??
Comments : 0
26 July 2016 - Semakin kecoh PRN Pulau Pinang, namun PAN masih belum bersuara mengenai pencalonan atau sebarang tindakan yang bakal dilakukan parti tersebut dalam mengharungi cabaran PRN. Mungkin, PAN sudah berasa selesa ataupun tidak perlu bersusah payah mengerahkan jentera kerana mereka bakal berlawan di kubu kuat DAP.
Hakikatnya, PAN hanya mengharapkan belas lkhsan daripada DAP untuk mengatur perjalanan parti mereka. Nampaknya, PRN kali ini memberi peluang cerah buat PAN untuk meranapkan PAS di Pulau Pinang. Mana tidaknya, ramai kaum cina yang menyokong DAP akan memilih PAN berbanding PAS yang sudah tidak lagi bersama-sama dalam Pakatan Harapan.
Boleh jadi, PAN sudah tidak sabar-sabar untuk bertanding di kerusi yang sama dengan calon PAS kerana PAN mungkin akan memenangi dengan mudah ekoran kuasa DAP dan juga sikap Presiden PAN sendiri yang masih mesra bersama PAS Pulau Pinang akan memberi manfaat yang berganda untuk parti mereka.
Oleh itu, sekiranya PAN memenangi kerusi lebih daripada PAS maka PAN boleh mengatakan mereka lebih berkuasa daripada PAS dan mula tunjuk riak yang parti baru dapat menandingi parti yang sudah lama menapak. Hakikatnya, PAN masih bergantung harap dengan sekutunya dalam Pakatan.
Mungkin, penyokong DAP yang mengundi PAN hanya melihat PAN sebagai salah satu alat untuk mengekalkan DAP tetap berkuasa di negeri tersebut. Dengan adanya bayang-bayang DAP rakyat akan memilih PAN. Berbanding PAS yang perlu berusaha sedaya mungkin sekiranya PRN ini dilakukan kerajaan Pulau Pinang.
Mungkin juga, disebabkan takut dengan PAN, PAS telah pun mengambil langkah bersiap sedia walaupun belum mengetahui keputusan sebenarnya. Agaknya PAN boleh ke musnahkan kuasa PAS di Pulau Pinang ?..apa pun nasib PAS nanti, ia terletak pada perjuangan PAS serta penyokong yang setia dengan parti islam itu, malah PAS lebih kepada perjuangan mencari redha Allah dalam perjuangan politiknya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan