Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Mahathir elok bertaubat sebelum habis umur..
Comments : 2
28 July 2016 - Kata-kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sering mengganggu kehidupannya serta kehidupan anak pinak keluarganya itu, sebenarnya hanya satu penipuan dan pembohongan.
Sejak bila entah la Najib dok pi ganggu Mahathir dan keluarganya... sebaliknya dengan sangat jelas kita semua tahu siapa yang menggangu siapa sebenarnya. Insan mana yang lebih gemar mengkritik, mengutuk dan menghina orang lain.... rakyat semua tahu perkara itu jadi kenapa Mahathir nak berbohong?
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan keterlaluan Mahathir yang memfitnah Najib. Mungkin Mahathir tak boleh tidur malam sebab Najib dan orang-orangnya kerap ‘menganggu’. Agaknya Mahathir hampir sakit jiwa kot sebab Najib kerap ‘mengganggunya’. Padahal itu semua auta dan lakonan Mahathir untuknya meraih simpati.
“Ia sebaliknya, Saya ingat masa beliau (Dr Mahathir) jadi perdana menteri. Beliau sangat menentang media asing kerana pada masa itu mereka serang beliau.
“(Dulu) beliau juga marah mereka (media asing) kerana masuk campur urusan dalaman Malaysia.... Sekarang beliau pula minta belas daripada media asing untuk membantunya,” kata Nazri.
Tambah menteri pelancongan dan kebudayaan itu lagi... Sepanjang setahun setengah yang lalu rakyat sendiri mampu melihat yang Mahathir tanpa henti bertindak menyerang serta menggangu Najib dan keluarganya.
Bukan tu je, kata-kata Mahathir serta tindakan yang dibencinya ketika dia menjadi perdana menteri selama 22 tahun dahulu, kini dia sendiri yang mengulang perkara tersebut. Dulu kata benci akan campur tangan asing... tak suka media asing masuk campur! Tapi sekarang ni apa sudah jadi?? Sudah la Mahathir... bertaubatlah!
Jijik sangat dengan tindakan Mahathir... dulu mengutuk tapi kini dia sendiri yang menyokong laporan serta memberi maklumat kepada media asing. Ini susulan laporan Mahathir di Jakarta yang mendakwa dia, keluarga dan rakannya diganggu agensi kerajaan. Katanya gangguan itu termasuk lawatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, adalah cubaan untuk menekannya supaya berhenti mengkritik Najib.
“Saya fikir jika anda tinggal dalam rumah kaca, anda tidak sepatutnya membaling batu pada orang lain.
“Orang ini keliru, dan berdendam. Tetapi saya pasti beliau tidak dapat mempengaruhi masyarakat kerana orang ramai sekarang tahu siapa beliau sebenarnya,” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Nazri tu patut taubat dulu bro. Dia lagi hebat kehidupan dia. Buruk2 Tun pun banyak jasa dia kat kita semua. Nazri !! May Allah have mercy on his poor soul
BalasPadamNazri ni tahu ke apa itu taubat
BalasPadam