BREAKING NEWS

Kesian PKR dapat pemimpin yang "BENGAP"!!


Tak faham betullah dengan PKR ni... Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan semalam dah jelaskan dah pun kenapa banduan tak dibenarkan bersentuhan dengan ahli keluarga... Tapi masih duk pertikaikan.

Kan Nur Jazlan dah maklumkan semalam yang banduan tak dibenarkan bersentuhan atau berhubung secara terus dengan ahli keluarga kerana seorang banduan tu dah hilang hak kebebasan seperti orang-orang biasa.... Yang Ahli Parlimen Padang Serai PKR, N Surendran nak pertikaikan lagi tu dah kenapa??

Surendran boleh dakwa kenyataan Nur Jazlan bahawa banduan hilang kebebasan bila disabit kesalahan dan dipenjarakan tu adalah salah.... Sebab banduan hanya hilang kebebasan pergerakan tetapi hak perlembagaan dan asas kebebasan masih kekal.

"Bolehkah Nur Jazlan beritahu di mana Akta Penjara 1955 atau Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan banduan hilang semua kebebasan mereka? Beliau tidak akan boleh buat begitu sebab memang tidak ada pun. Sangat membimbangkan apabila timbalan menteri dalam negeri nampak sangat jahil undang-undang yang berkaitan banduan," soal Surendran.

Alahai Surendran.... Kalau dikatakan bengap, marah pula nanti... Memanglah hak perlembagaan dan asas kebebasan keatas seorang banduan tu masih ada... Maksud Nur Jazlan tu, kebebasan pergerakan yang terdapat kepada orang-orang biasa tidak akan dirasai oleh banduan di dalam penjara tu... Ini kerana merupakan peraturan yang telah termaktub satu ketika dahulu.

Lagipun, bukan semua banduan yang dilarang untuk bersentuhan atau berhubung terus dengan ahli keluarga... Pihak Jabatan Penjara bukannya kejam sangat... Ada juga bagi peluang kepada banduan dan ahli keluarga bersentuhan atau berhubung secara terus... Tengok pada keadaan samalah.

Kalau banduan nak diberi layanan macam orang biasa-biasa ni.... Rasanya baik tak payah buat penjara ni... Takda beza... Bezanya, banduan tu cuma kena tinggal dalam bilik jeriji... Yang lain semua diberi layanan sama rata macam orang-orang biasa

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online