BREAKING NEWS

Jangan mimpi la Mahathir nak bantu bebaskan Anwar.


22 July 2016 - Masih berangan-angan lagi agaknya bekas Ketua Pembangkang yang sekarang ni tengah meringkuk dalam penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dok bermimpi di siang hari yang rombongan ‘merisik’ membebaskannya daripada tahanan penjara bakal muncul. Padahal angan-angan itu semua tahyol dan auta semata-mata.

Janji yang diberikan pembangkang dan katanya membebaskan Anwar adalah motif dan matlamat utama paling penting untuk dijayakan... Tu semua hanyalah satu pembohongan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang memberitahu bahawa dia tidak akan menyokong malahan jauh sekali menolong kempen Bebaskan Anwar yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Agenda membebaskan Anwar langsung tidak pernah terlintas dalam kepala otaknya... Malah dia langsung tak pernah terfikir untuk membebaskan ketua penyangak PKR itu. Untuk apa Mahathir bersusah payah nak bebaskan Anwar sedangkan langsung takde kebaikan yang diperolehi jika dia berbuat demikian.

"Membebaskan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) daripada penjara bukan matlamat utama parti-parti pembangkang sebaliknya adalah untuk menjatuhkan kerajaan dan menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti,

"Selagi kerajaan tidak bertukar tangan, tak payahlah bercakap tentang pembebasan Anwar. Kita dalam pembangkang kena bersatu dan kukuhkan matlamat perjuangan kita kerana matlamat ini penting untuk memastikan kita menang PRU 14 nanti," katanya.

Kata-kata Mahathir ini pasti akan menggusarkan lagi PKR... bukan tu je... si Anwar yang tengah meringkuk dalam penjara besi tu mesti makin gelabah. Ahli keluarga Anwar pulak pasti tak senang duduk sebab kemana sahaja mereka pergi atau apa-apa sahaja majlis pasti agenda membebaskan Anwar dari penjara adalah sesuatu yang wajib diketengahkan.

Memang jelas bahkan sebelum ini juga Mahathir tidak pernah berkata setuju untuk bersama PKR dalam usaha mereka membebaskan Anwar. Apa yang menjadi agenda penting bagi Mahafiraun tersebut hanyalah untuk membalas dendam dan menumbangkan kerajaan UMNO. Jadi PKR tak payah nak perasan sangat yang Mahathir nak tolong korang bebaskan Anwar.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online