BREAKING NEWS

Husam kini nak jadi Bomoh untuk tentukan nasib PAS.


4 July 2016 - Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menolak dakwaan serta tekaan  Datuk Husam Musa mengenai PAS akan jatuh di Kelantan dan Selangor pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Agaknya Husam masih lagi tidak dapat terima kenyataan dipecat daripada parti Pas... sebab tu la Husam meroyan tak tentu pasal dan dakwa pentadbiran Pas di Selangor dan Kelantan bakal terkubur dan jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Menafikan dakwaan Pas bakal kecundang dan lemah, Mohd Amar berkata kalau atau menang itu semua atas urusan Allah Taala. Kita sebagai manusia tidak layak untuk menyatakan sedemikian selaki kita mampu untuk berusaha.

“Kalau Husam ingin PAS kalah sekalipun, kalau Allah tidak takdirkan PAS kalah, tidak kalah PAS. Walaupun Husam beria-ria mahu PAS kalah, jika takdir Allah kata PAS menang, PAS menang juga,” katanya.

Sebelum ini, Husam membuat kesimpulan bahawa pentadbiran Pas di Kelantan dan Selangor pasti akan jatuh semula ke tangan BN, malah semua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang.

Bekas naib presiden PAS itu membuat kesimpulan tersebut setelah mengambil kira keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Nampak sangat yang Husam ni dengki dan kecewa stelah dipecat pada April lalu.

“Semangat kita tidak runtuh walau siapa-siapa kata pun kita tak runtuh. PAS berjuang bukan atas manusia, PAS berjuang atas tuntutan agama. Orang nak kata apa pun katalah, kita tak peduli.

“Tanggungjawab kita berjuang dan berusaha. Hanya Tuhan yang tentukan kalah menang,” katanya Mohd Amar.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online