BREAKING NEWS

Guan Eng perasan lebih bila kata DAP lagi bersih dari BN.


26 July 2016 - Lawak betul Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ni... Dalam ada 2 pertuduhan rasuah, beliau boleh lagi duk cakap kerajaan Pakatan adalah kerajaan yang paling 'bersih' berbanding kerajaan Barisan Nasional... Memang cakap tak serupa bikin Guan Eng ni!!

Rasanya banglo yang Guan Eng beli dengan harga cukup murah dari harga pasaran takda cermin... Disebabkan banglo takda cermin, Guan Eng pun cakap main ikut mulut dia je.

Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, beliau mahu pilihan raya umum diadakan segera bagi memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan Pakatan ataupun kerajaan Barisan nasional untuk mentadbir negara.

"Sebab itu kita perlu pilihan raya umum yang baru, untuk membolehkan rakyat membuat keputusan sama ada mereka mahu kerajaan Barisan Nasional rasuah atau kerajaan Pakatan yang bersih," kata Guan Eng.

Guan Eng.... Guan Eng... Punya nak adakan pilihan raya sampai sanggup jadi bodohlah... Simpan samalah bodoh tu Guan Eng... Jangan asyik tunjuk kat orang je... Orang dah muak tengok.

Guan Eng kalau nak adakan pilihan raya mengejut konon nak tunjuk diri tu tak bersalah... Guan Eng bubarkan saja DUN dan adakan pilihan raya di Pulau Pinang... Tak payah nak paksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bubarkan Parlimen... Takda keperluan lagi pun Najib nak berbuat demikian!!

Lagi satu ingat... Guan Eng tu bukannya 'bersih' pun... Kalau ada pilihan raya, kompom-kompom Guan Eng akan kalah... Orang dah mula nampak dan sedar dengan kelakuan Guan Eng yang selama ni pandai bermuka-muka.

1 ulasan :

  1. Lawan lah di pilihanraya yang bakal diadakan nanti.Tengok parti mana yang rakyat mahu
    Tak payah nak gertak2 dan memfitnah bebagai.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online