BREAKING NEWS

Guan Eng langsung tak percayakan pemimpin DAP P.Pinang.


28 July 2016 - Hairan dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sering mengatakan 'walaupun Guan Eng tidak boleh diselamatkan, namun Pulau Pinang masih boleh diselamatkan'.

Guan Eng mahu selamatkan Pulau Pinang dari siapa?? Bukankah sekiranya Guan Eng didapati bersalah dalam 2 tuduhan rasuah, Pulau Pinang masih merupakan kerajaan DAP?? Jadi, apa yang cuba diselamatkan Guan Eng untuk mengadakan pilihan raya mengejut??

Adakah sekiranya Guan Eng dihumban ke penjara, Pulau Pinang akan terkontang-kanting kerana tidak mempunyai seorang 'kapten' yang sering mendakwa dirinya yang terbaik dan terbersih dari pemimpin-pemimpin lain?? Adakah Pulau Pinang tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa untuk menggantikan kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri??

Nak dikatakan DAP ketandusan pemimpin yang berwibawa di negeri itu... Agak mustahil sekali... Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow juga merupakan pemimpin yang layak untuk menggantikan Guan Eng... Tetapi kenapa DAP masih mengimport pemimpin dari luar Pulau Pinang??

Bila diteliti dan difahami kenyataan-kenyataan Guan Eng... Barulah difahami bahawa Guan Eng sedang mempertahankan kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pasukannya yang merupakan pemimpin DAP dari luar Pulau Pinang.

Difahamkan, Guan Eng sedang mempersiapkan barisannya bagi mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang walaupun beliau kini berhadapan dengan kemungkinan besar akan dihumban ke penjara.

Guan Eng telah mempersiapkan barisan jenteranya dengan melantik Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pula dilantik menjadi Pengarah Island Golf Properties Bhd.

Lantikan ini dibuat dipercayai sebagai persedian Guan Eng menggantikan Exco yang tidak patuh arahannya.... Malahan lantikan ini sebagai persedian DAP untuk meletakkan mereka sebagai calon di Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online