BREAKING NEWS

DAP mahu perjuangkan nasib Bangsa Melayu kalau berjaya Tawan Malaysia???


19 July 2016 - DAP kalau bab-bab nak tabur dan semai janji-janji manis memang nombor satu la bagi dorang... power nokharommm! Tapi kenyataannya hampeh... janji dorang kosong dan busuk. Dengar kata DAP kali ini janji tidak akan mengabaikan nasib kaum Melayu jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Elehhhhh... boleh percaya ka cakap manis berbaur madu dorang tu?? Entah-entah jauh panggang dari api tak?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan kononnya mahu menakluk kerajaan Malaysia dan akan mengubah persepsi masyarakat yang kuasa politik Melayu akan terhakis sekiranya pemerintahan UMNO digantikan dengan DAP.

Janji Kit Siang.., kuasa politik kaum Melayu tidak akan terhakis meskipun Pakatan Harapan akan mendominasi dan membentuk satu kerajaan baru, itu pun kalau dorang memang la dalam PRU14 akan datang tu.

“Jika kita dapat membongkar penipuan masa depan kaum Melayu amat bergantung kepada kemenangan UMNO dalam PRU akan datang maka ada peluang untuk menukar kerajaan tanpa mengundang bencana kepada negara,” dakwanya.

Persoalannya sekarang ni sejauh mana kebenaran kata-kata hancing yang ditaburkan Lim Kit Siang tu?? Semua orang tahu Kit Siang adalah ketua dan kepala penipu... bohong la kalau dia cakap yang DAP akan membela nasib kaum Melayu sekiranya mereka memerintah. Tak percaya tengok la di Penang.

Dalam pada tu sempat lagi Kit Siang menabur fitnah konon wujud sekumpulan tentera siber UMNO yang ditugaskan untuk  menghasut kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Tuduh pulak yang kumpulan tu sengaja semai rasa tidak percaya dalam kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Taktik tidak bertanggungjawab ini mencerminkan keadaan terdesak mereka,”dakwanya.

Padahal sedar tak sedar segala yang didakwa Kit Siang itu dilakukan sendiri oleh parti DAPig cauvanis tersebut. Terlalu terdesak nak menggantikan pemerintahan sedia ada sehingga sanggup memburukkan orang lain. Macam tu ke korang nak percaya kata Kit Siang ni?? Konon nak bela perjuangan politik kaum Melayu la sangat!

2 ulasan :

  1. Baghal aje yg akan termakan kata kata kominis

    BalasPadam
  2. Cuma oghang PAN ternakan DAP sahaja yg pecaya kata kata Kit Siang ni sbb dah lama makan rumput DAP.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online